10 kasut paling mahal di dunia

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kasut adalah salah satu aset penting dalam kehidupan seharian. Generasi kini lebih selesa berbelanja besar untuk mendapatkan kasut idaman

bagi tampil lebih bergaya dan trendy. Berikut adalah senarai 25 kasut paling mahal yang pernah terjual di dunia!

Fesyen dalam negara kini semakin memberi fokus kepada kasut. Kasut yang dipakai dapat mencerminkan personaliti dan status kekayaan seseorang.

Walaupun ini mungkin dianggap negatif, kasut mahal juga boleh dijadikan pelaburan kerana ada yang mampu mengekalkan atau meningkat nilainya sejak dikeluarkan.

Tidak semua orang membeli kasut semata-mata untuk menunjukkan kemampuan membeli yang mahal; ada juga yang membeli berdasarkan minat dan nostalgia.

10 kasut paling mahal di dunia

Berikut adalah senarai kasut paling mahal di dunia:

10. Air Jordan 12 OVO (Drake Edition) – $100,000 (RM465,100)

Kasut putih ini dihasilkan melalui kerjasama antara jenama Jordan dan penyanyi rap Drake. Diperbuat daripada kain kulit berwarna putih, ia memberikan keselesaan sepanjang masa. Harga pasarannya bermula $225 (RM 1046.47).
9. Air Jordan 12 (Flu Game) – $104,765 (RM487,262.01)

Kasut ikonik ini dipakai oleh Michael Jordan semasa perlawanan 1997 NBA Finals ketika beliau mengalami jangkitan virus perut, dikenali sebagai ‘Flu Game’. Harga pasarannya bermula $190 (RM883.69).

8. Buscemi 100mm Diamond – $132,000 (RM613,932.00)

Kasut ini dipenuhi dengan 11.5 karat berlian bersama emas 18-karat. Harga pasarannya bermula $132,000 (RM613,932).

7. Michael Jordan Game Worn Converse Fastbreak – $190,373 (RM885,424.82)

Kasut ini dipakai oleh Michael Jordan semasa perlawanan Olimpik 1984 di Los Angeles. Ia dijual lebih daripada $190,000.

6. Jordan 1 Retro High Charlotte Hornets Foundation Black/White – $250,000 (RM1,162,750.00)

Kasut yang direka oleh Michael Jordan sempena hari jadinya yang ke-56. Hanya 300 pasang sahaja dikeluarkan. Harga pasarannya bermula $88,071 (RM409618.22).

5. Air Jordan Retro ‘Kobe Pack’ – $800,000 (RM3,720,800.00)

Dihasilkan untuk menyambut tahun ke-20 Kobe Bryant dalam liga NBA, kasut ini dihasilkan dalam warna pasukan Los Angeles Lakers, emas dan ungu.

4. Michael Jordan Game-Worn Nike Air Ship – $1.47 Million (RM6,839,028.00)

Kasut ini menjadi paling mahal sepanjang masa yang pernah dijual dalam lelongan, dibeli oleh Nick Fiorella dengan harga $1,472,000 (RM6,847,744).

3. Kanye West Nike Air Yeezy 1 ‘Prototype’ – $1.8 Million (RM8,373,600.00)

Hasil kerjasama antara Nike dan Kanye West. Model ini adalah prototype pertama yang dipakai oleh West semasa persembahan di pentas Grammy 2008.

2. Solid Gold OVO x Air Jordan – $2 Million (RM9,304,000.00)

Kasut yang dihasilkan oleh Drake menggunakan emas tulen 24K. Setiap satu mempunyai berat lebih daripada 22kg.

1. ‘Bred’ Air Jordan 13 – $2.2 Million (RM10,233,300.00)

Kasut ini dipakai oleh Michael Jordan semasa perlawanan kedua 1998 NBA Finals. Sotheby’s menjual kasut ini pada April 2023, menjadikannya kasut paling mahal dalam sejarah lelongan.

BACA: “Bila isteri aku kantoi curang, aku tak terus ceraikan dia, rupanya dia dengan aku 2 kali 5 sahaja, jenis ‘makan luar’ juga”