10 malam terakhir Ramadan, wanita meninggal atas sejadah

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang wanita ditemui meninggal dunia di atas sejadah di rumahnya di Taman Inang, di sini pada Sabtu malam.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah, menyatakan bahawa

mereka menerima panggilan berhubung insiden mangsa yang terperangkap di dalam rumah pada jam 8.46 malam.

10 malam terakhir Ramadan, wanita meninggal atas sejadah

Katanya, pasukan dari BBP Alor Setar tiba di lokasi bersama 11 anggota tidak lama kemudian, dipimpin oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Md Esa.

“Apabila sampai di lokasi, kami dapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sejadah di ruang tamu rumah.

“Anggota bomba terpaksa memecahkan pintu menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Siasatan awal menunjukkan wanita itu dipercayai terperangkap dalam rumah yang berkunci dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ahmad Naufal berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BACA:“3 bulan duduk rumah mertua rasa macam 3 tahun lamanya, dah macam banduan zaman perang jepun! Makan pun kena catu”