11 anggota PDRM Perak disahkan positif dadah selepas pemeriksaan rambang dibuat. Seramai 11 anggota polis Perak berpangkat koperal dan lans koperal positif dadah menerusi pemeriksaan secara rambang yang dijalankan pada Rabu.
Menurutnya Ketua Polis Perak, keputusan itu diperolehi hasil saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap 56 anggota dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.
Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang juga Ketua Polis Perak sahkan, kesemua mereka berusia antara 35 hingga 51 tahun positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan tetra hydrocannibol (THC).
“Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala dua lagi jenis THC,” katanya memetik dari Sinar Harian.
Beliau berkata, semakan lanjut mendapati, daripada 11 anggota yang disahkan positif itu, seorang daripada mereka pernah ditangkap dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagaimanapun katanya, anggota itu dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan berkenaan.
“Semua yang ditahan ini akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.
BACA:
Kecoh pelajar sekolah di Malaysia diajar cara pakai kondom
Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena
PRU-15 selepas Belanjawan 2023 – Tun M