Keharmonian hubungan suami isteri berpandukan ajaran agama menjadi kunci utama kebahagiaan rumah tangga.
Namun, lain pula cerita wanita ini yang kecewa suaminya tergamak melakukan dosa besar meskipun usia perkahwinan sudah mencecah 11 tahun.
Dakwa wanita yang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) itu, suaminya pernah curang dengan rakan sekerja,
namun terbaharu dia terkejut apabila mendapat tahu lelaki tersebut turut melanggan pelacur.
“Suami yang dikahwini 11 tahun rupanya ada habit yang buruk. Saya dah tawar hati.
Tapi malam tadi, anak suruh buka telefon ayah dia yang satu lagi untuk tengok YouTube.
“Selepas dia kantoi curang dengan kawan tempat kerja, (dulu) saya tanya dia siapa perempuan tu? Terus dia tengking saya depan anak. Semenjak tu la saya tak berani dah buka telefon dia.
“Tapi malam tadi anak suruh carikan cerita untuk dia tengok YouTube. Tapi anak saya buka WhatsApp. Masa tu la tertengok,” ujarnya menerusi perkongsian yang tular menerusi aplikasi TikTok.
Menurut wanita itu, dia sempat ‘menyiasat’ aplikasi-aplikasi dalam peranti itu sebelum menemui mesej perbualan antara suaminya dengan beberapa pelacur yang pernah dilanggan.
“Gambar perempuan seksi-seksi. Sekali tengok, Ya Allah. Semuanya pelacur. Banyak kali dia pernah buat. Ya Allah, isteri mana yang tak sedih.
“Patutlah dia tak bagi saya ikut dia pindah Kuala Lumpur. Padahal saya ni suri rumah saja. Boleh saja ikut suami ke Kuala Lumpur. Rupanya dia suka melanggan,” ceritanya lagi.
Penemuan mesej-mesej itu turut merungkai punca suaminya jarang memberi nafkah memandangkan banyak wang telah dibelanjakan untuk kegiatan tidak bermoral.
“11 tahun baru saya tahu. Saya dengan anak-anak duduk jauh. Dia boleh bersenang lenang dengan orang lain. Patutlah selama ini tak ada duit nak bagi nafkah.
pelacur2
Tangkap layar mesej suaminya dengan wanita yang didakwa sebagai pelacur.
“Kerja bagus tapi kedekut. Setiap kali minta nafkah selalu kena marah. Mak mentua pula selalu tuduh saya habiskan duit anak dia. Dia tak tahu anak dia kedekut sangat,” kata wanita itu lagi.
Berdasarkan tangkap layar WhatsApp, wanita yang dilanggan suaminya meletakkan harga RM600 untuk khidmat seks selama dua jam yang mana pelanggan perlu membayar deposit RM100 terlebih dahulu.
Seorang lagi wanita turut menawarkan khidmat sama dengan kadar RM260 untuk 45 minit.
Baca : Pelik 6 bulan tak bayar bil air tapi tak kena potong, rupanya tanpa sedar minum air tandas!