Sudah menjadi lumrah pasangan berkahwin untuk mempunyai zuriat namun tidak semua mempunyai rezeki yang sama.
Terbaru, sepasang suami isteri berkongsi berita gembira mereka yang sudah 11 tahun menanti untuk dikurniakan cahaya mata.
Dalam perkongsian pengguna TikTok @lindajoe88, difahamkan dia dan suaminya menanti cahaya mata sudah sekian lama,
selepas mengetahui dia hamil, si isteri itu membuat kejutan buat suaminya.
“Subhanallah Allahuakbar tarabakallah, sesungguh bila Allah berkehendak Allah akan memberiNya tanpa kita duga.
Penantian cahaya mata selama 11 tahun. Anugerah yang terindah untuk kami, Allah tahu waktu yang tepat untuk memberi.
Linda doakan yang geng ttc sama dgn linda Allah kurniakan rezeki. Dan akan diberikan peluang dgn izin Allah,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, pengguna TikTok itu juga mendoakan agar mereka yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat agar sentiasa tawakkal dan percaya pada rezeki.
“Saya pun menangis”
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah buat pasangan itu daripada netizen malah ramai juga yang masih berharap untuk dikurniakan cahaya mata.