Musim PKP nie dok tersekat kat Australia lagi.. Selama 2 tahun tak balik Malaysia..
Berkawin dah 5 tahun tapi takda rezeki nak ada zuriat.. Baru ni dapat la balik Malaysia sebab kerja pun dah stop kat Australia..
Tiba-tiba balik je wife dah pregnant 7 bulan.. Pening juga la. Tiba2 boleh pregnant kan. Macamana ye bukan curiga dengan wife.
Tapi dalam masa 2 tahun tak bersama boleh pregnant tak ye.. ada tak pengalaman macamni ye.. Serbah salah saya sekarang nie. Maaf ye saya serabut tak tahu nak fikir macamana..
Mohon hide fb saya ye min..
Perkongsian pertama dari lelaki ini mendapat kecaman daripada rata rata netizen di ruangan page kisah rumah tangga.
Tidak sangka luahan kedua dari lelaki ini untuk part 2 lagi membuatkan ramai terkesan. Satu satu sifat sebenar isterinya di rungkaikan.
Valina : Kalau mengikut pada cerita tuan punya badan, kalau dah 2 tahun tak balik tapi isteri pregnant 7 bulan, itu dah boleh faham….bukannya cerita maryam…Ada lagi kemungkinan lain…sesuatu yang tak baik terjadi pada dia tanpa kerelaan dia…
Nasrul : saya simpati dengan nasib kamu bro.. lama tahan bil ayo tertunggak smpai 2 tahun..tiba2 balik dah penat petik buah kat sana, tetiba dah kembung plak perut bini..sape je la yang boleh sabar.. dah la tiap2 bulan kirim duit..test DNA je la bro.. kalau tak match, tunjuk kat pejabat agama..kasi cerai je la spesis makan terung kat luar tu.. semoga bertemu jodoh dengan orang baik2.. In sha Allah..
Hasanah : Rasa nk lempang je kamu ni ha..cukuplah bini tu bodohkan kamu..jangan le kamu ikut bodoo sekali..xde sape pengalaman macam tu haih macam lah mngandung tu makan tahun baru buncit ..
Lepat : Ko ada post air balik Malaysia tak ? Klo tak de tu usah gusar la memang bukan anak ko la atau pun aku syak ko ada bela saka masa ko tak de saka tu la yang projek
Apiz : Erm…cube abam ingat balik..7 bulan lepas tu abam ade pos x sperm abam kt wife tu ?
kot-kot wife abam ade buat bayi tabung uji ke ape kan…taon 2020 ni kan kereta pun buleh terbang..Abam bincang leklok dengan isteri..semoge tabah menghadapi ujian… dipermudahkn segale urusan abam dan keluarga..amin..
Jalal : Ni di nama kan teknologi tanpa sedar setiap kali call or video call telah membuat kan benih2 cinta terbang ke rahim wife untuk mengandung… Maka bila pulang isteri di sahkan mengandung.. Tahniah. Banggg g lah buat pregnant test kalau dah 3 bulan tu dah leh g scan… Kalau ngandung elok lah di bawak panggil family abg dan wife tu bincang lah cara baik…
Eiza : cuba check betul ke isteri tt mengandung..hari tu ada jugak saya terbaca 1 viral jugak lah..perempuan tu x pernah bersama pun dengan mana2 lelaki tapi doktar sah kan dia mengandung..sedangkan dia x pernah buat benda x elok tu..last family dia paksa kawen dengan sepupu dia..macam pak sangguplah..last2 lepas kawen check doktar balik ada ketumbuhan kat rahim..harap pi check dan scan betul ke ada baby dalam perut isteri tu..harap isteri x mengandung..
Sambungan part 2 : kebenaran sebenar tentang kehamillan isterinya terungkai. Salam sambung cerita saya yang wife mengandung 7 bulan. Yang saya keje Australia tu. Ingat x yang kata buah tu. Asal Australia je buah hahaha. Berbalik pada luahan saya haritu.
Saya mamang la dah tau tu bukan anak saya. Tapi nak sedapkan hati saya je dan nak luahkan sebab xtahu nak luahkan kat sapa family pun takda .Dah mengadu dah kat mahkamah syariah tentang nasab anak tu nanti.. Sebab xkan saya nak bagi nafkah kan…
Dan ada juga terbaca komen ni cerita fake la ape la.. Nak bgthu ye puan Dan encik2 kat dunia ni tkda yg mustahil.. Wife sy cur4ng.
Dan pregn4nt anak org lain..Skrg wife sy xnk ngaku Dan asyik kata tu anak sy kira nya dia tu isteri yg baik la kata kan padahal benda sy dh boleh fikir dah mcm2 alasan dia sy minta jujur je pun xnk . Dan lepas bersalin sy check dna budak.. Ada yg kata sy bodoh la lurus bendul laa.. Kalo awak2 semua kt tmpt sy kan tkda bukti apa semua xkan awk nk tuduh meluluh je isteri awk tu lg2 dia pregn4nt..Bukti just dia pregn4nt jex tahu anak laki mana. Dan sebelum sy luahkan kt sini sy dh megadu kt pejabat agama dh..
Ada yang komen gelak dan hina apa semua.. Korg xrasa ape yang saya rasa.. Mogaa 1 hari yang komen gelak dan hina nie rasa macamna saya rasa.. Terutama isteri2 yang komen kata macam2 tu. Berhati2 bila komen takut terkena diri awok pulak kan. Jangan Marah ye. Sekian luahkan saya
Ini antara respon dari warganet tentang isu cur4ng isterinya sepanjang dia berada di Australia. Ramai perkongsian tentang isu isteri hami1l kerana cur4ng di siarkan di krt. Kisah kedua di bawah ini lagi mencengkam emosi semua.
Nafisah : Biasalah bro… Sekarang keyboard warriors ni suka kecam… Kadang2 kita dah tau penyelesaian, tapi sebenarnya kita nak tempat untuk kongsi.
Kadang nak cerita pasal family atau kawan, kita xnak nanti makin buruk. Dalam krt ni, profile hide, so xlah segan. At least terlepas jugak beban yang terbuku kat hati. Xpelah saya doakan apa yang saudara lalui ni Allah bantu sehingga akhir. Banyak2 doa dan mengadu pada Allah.
Fatimah : Kan tt dah bagi tau mase post yang first tue.. dye serabut n xboleh nak pikir.. myb dye xde tmpat nak meluah time tue.. dye mestilah dah tau wife nye pregnant bukan anak dye.. cuma kata orang.. nak sedapkan hati.. supaya xde bende buruk n bukan2 yang dye buat kat isteri dye untuk lepaskn kemarahan.. tue yang buat luahan… Sabar ye tuan tanah.. nanti sambung lagi untuk part 3 n seterusnya… Semoga diberi kesabaran n dipermudahkn segala urusan…
Nell Yahya : Kadang luahan dalam krt ni tergantung ceritanya, macam tak logik, tu yang myebabkn banyak komen² mpersenda or tak msuk akal bagi tuan. Cuba klau nak meluah tu bg detail sket supaya kami² yg mbaca dan mgomen ni yakin dan faham.
Dah la kami ni tak bergaji, tak kira siang atau mlm duk fikir dan cuba mgatasi mslh yg semua tt luahkn. Cuba tt pulak komen, mcm mna ye nak bg pandangan pd conffesion tt yg kabur, samar dan kelam…seolah² cerita rekaan sinetron. Klau nak org bg pendapat / pandangan, isi biar jelas dan padat.
Tak perlu la tt smpai nak mdoakan benda yg tak baik pd org lain, sb doa tu akn berbalik pd tt jugak nnt. Kebykkn yg komen pun bdasarkn cerita tt sdiri, hbis klau cerita tu mcm tak logik atau tak myakinkn fans krt…knape nak terasa… Kata nak minta pendapat… Semoga urusan tt Allah permudahkan, gud luck bro.
Aswal Mia : Bagus walau dah tahu istri salah tapi masih nak cari bukti utk lebih menjamin tt.. bukan lurus atau bodoh tapi lebih kepada matang berfikir utk selesaikan masalah dgn baik n cukup buat si istri nanti terdiam bisu dengan bukti2 tu. Diam bukan bermaksud mengalah atau biarkan tapi diam dalam senyap bertindak dgn bijak. Semoga semuanya di permudahkan segala urusan awak.
Naqiu : teringat kisah 3tahun lepas..ada sorang mamat ni setiap kali dapat bonus, dia akan simpan RM1500 untuk dna test anak (sorang)..Tahun keempat dia buat dekat anak keempat,kantoi..terus die g mahkamah syariah..mahkamah suruh buat ujian sekali lagi kat jabatan kimia untuk anak keempat sahaja,hasil ujian memang budak tu anak isteri,tapi suami tu bukan bapa biologi budak tu..
hak jagaan anak 3orang tu dapat ke bapa..yang anak keempat tu kena ubah surat beranak dekat jabatan pendaftaran,ic tu tak tau kena ubah ke Abdullah ke tak,rasanya kena ubah..bekas isteri tu macam separa gile dah sekarang..sekarang ni ujian dna dah macam jadi satu keperluan untuk keluarga Islam demi menjaga keturunan supaya tidak bercampur aduk.kalau tak mampu buat serentak,buat sorang2 dulu pun takpe..
Dhia : Allahu .. Wife awak cur4ng dan mengandungkan anak org lain … MasyaAllah … Sy yg perempuan ni pun terasa seram dan sedih… Moga kita semua dijauhi perkara² sedemikian dan kuatkan iman ketika berjauhan dgn suami .. mungkin wife awak muda lagi dan tak dapat tahan nafsu ..
Yela 2tahun tak dapat .. sy seminggu pun dah macam nak demam .. Apa² pun sy doakan segala urusan awak dipermudahkan , walaupun wife awak mengandungkan anak orang lain , awak jangan bagi pressure kat dia .. awak buat je keje awak macam biasa dan buat test DNA bila dia bersalin … Apa² keputusan pun tunggu sampai dia bersalin nanti ..
Nur Afit : Haaa. Lain kali ckp jela terus terang dah tahu… Jgn timbulkan spekulasi dan andaian kpd pembaca. Dan pembaca sama seperti awk. Xmudah di b*d*hkan.. Bagus dari awal lagi awk ajak kami2 ni semua doakan yg Baik2.. Kan.. Apa2 pun,smoga bro kuat semangat.
Jgn putus asa dgn rahmat Allah.. Akhirnya perlakuan isteri terbukti. Allah tunjukkan siapa isteri kita sebenar.. Syabas krn bertindak matang dlm membuat keputusan..
Nurul Hazwani :Dik.. bukti xde? Pasport tu bukti dia. 2y awak xbalik. Alih² si isteri ngandung. Rsanya isteri adik nie kwn dia ramai bangla. Nak thu kenapa? Sbb prnh x dgr. Bangla excited nak balik sana sbb bini dh nak bersalin or dh beranak. Hakikatnya dh 3y xbalik² sana.
Agaknya bini ko nie tgh apply crte nie kt khidupan dia. Dia ingt dpt excitedkn anda tp rupenya laki dia xsperti mat bangla tu.
Dah ler dik. Ko anto ler minah ko tu kt kg. Past g bgthu mak ayah dia skli. Klo makayah dia berfikiran waras mrka blh pk. Pastu tggu ajelah kputsan mhkamah. Xyah simpan ler minah mcm nie. Xyah tanggung zuriat org lain. Nie jenis dh cur4ng tp xngaku slah.smga dipermudahkan sgala urusan.
KISAH KE 2 Isteri curang : askum min, tlg hide nama sy. Sy dh berumah tangga selama 8thn dan dikurniakan 2 org anak. Isteri sy dh berlaku cur4ng terhadap sy setelah berkenalan rapat dgn seorg lelaki yg tggal 1 daerah melalui game PUBG.
awalnya sy tak syak apa2 tp setelah melihat byk perubahan diri dia, sy mula syak sesuatu. setiap mlm tidur lewat ingatkan dk main game tp rupakan dk chat dgn lelaki tu. awalnya sy terlihat chat diorg yg brunsur lucah.
Kantoi !!! 2 tahun kerja di Australia, balik Malaysia wife dah mengandung 7 bulan
Tapi tak sangka mereka dh sampai ke tahap berzina. pd hari raya haji dia pernah berbohong pd sy mengatakan yg dia x dpt balik rmh atas faktor kerja di johor. tp hakikatnya mereka balik ke kelantan semata2 utk check in hotel brsama dgn lelaki tu. 3 hari 2 mlm mereka tggal bersama dlm hotel tu dlm masa sama dia masih sah isteri sy.
bila sy dpt tahu hal ni akhirnya dia mengaku pernah beberapa kali berzina tanpa pengetahuan sy. hncur perasaan sy bila dpt tahu hal ini. kami skrg dh proses utk bercer4i.
Safriza : Hal berzina ni jgn dibuat main2…walau sayang sekali pun…zina ini sejenis penykit dalaman.
Sebab itu hukuman Islam dibuat seadil2nya untuk mematikan virus tersebut kerana ianya melibatkan maruah dan keturunan.Namun tahniah buat anda kerana tidak dayus dan bersubahat dengan kemungkaran si isteri.Semoga Allah melindungi anda dan anak2.Bakal bertemu isteri yg membawa ketenangan dalam rumahtangga mawaddah Wa rahmah Aamiin.
Rizal : Begitulah mmg byk je k3s wanita yg gila main pubg malah smpi zina cuma kurang viral berbanding segelintir lelaki buat mcm tu tp wanita viralkan gila2. Begitu la Mmg byk k3s Isteri buat camni Kat Suami cuma tak viral je berbanding Suami buat yg sama pd Isteri wpun tak seramai wanita tp selalu viral.
Kenapa kaum wanita suka permainkan hati kami, Selepas janji akan jaga kami, lps kami serahkan semuanya Di Mlm pertama klu dah tak syg kami lg, pulangkan la kami blk ke pangkuan parent kami sebagaimana korg ambil kami dulu dan jgn ingat korang tak kena kifarah.
Abdul Majid : Nak bgtau ni… perkara dosa ni ibarat tapak kaki…. kaki kita ni klu x prnah pijak atas permukaan kasar, sekali kita pijak akan rasa s4kit sgt…. tp bila dah ulang2 pijak, tapak kaki dah jd tebal dan pijak tmpt kasar pun x rasa apa dah… mcmtulah perkara dosa ni…
klu pendosa tu terbiasa berzina, dia berkemungkinan ulang lg bnda tu tnpa rasa bersalah melainkan dia bertaubat dan berdoa pd Allah mtk lindungi dia dari ulang dosa zina tu lagi
Afierul Aini : Syukur la encik dah thu dia cur4ng,sekurang nya encik x mkn lebihan org,maaf encik komen sy agak melampau,sebenar nya sy s4kit hati sngt sejak sy masuk group krt ni,bnyk sngt rupa nya cerita yg sy ingat cuma berlaku dlm wayang,benar2 berlaku dlm kehidupan sebenar sy sebenar nya sudah tua dah nenek2 pun jadi sy memng baru dlm zaman moden ni,
Saya sedih sngt2 zaman skrng ni terlalu canggih sampai org skrng tak tahu jaga harga diri dan maruah mereka,tak mcm zaman kmi dulu2 sy berharap sngt2 perempuan yg ada d luar sana,tolong la jaga maruah diri dn keluarga,letak kn harga diri seperti seketul emas,walau d campak ke dlm lumpur pun nilai nya tetap tinggi..
Musa : Untuk nak bagi hangat lagi, aku nak tanya. Yang kaki try tu orang Kelantan ke? Kalau ya aku memang xhairan. Sebab orang Kelantan memang suka try sana sini. Jangan nak trigger konon semua negeri macam tu. Terima je la laki Kelantan memang suka pasang ramai2.
Cuba tanya awek2 yang pernah kapel dengan orang Kelantan. Diorang ada konsep tebuk dan blah. Apapun semoga tuan tabah. Kalau awek bini ada member orang Kelantan cepat2 la beringat. Lagi2 kalau awek bini korang cun.
Umi : Kecurangan akan berlaku bila suami isteri x mainkan peranan dan tanggung jawab yang Allah perintahkan… Berapa ramai isteri2 yang sangat sabar walau sedasyat mana pon suaminya curang dan berzina dengan wanita lain.. Bersuara salah, x bersuara… Telan lah pahit maung seorang diri…
Tapi…. Ni isterinya yang curang. Sebaiknya isteri perlu jaga kehormatan diri.. Namun harus si suami selidiki dengan baik. Apa puncanya beliau berbuat demikian..
X semestinya salah itu pada isteri.. Kena tahu kenapa dan apa Sebab dia terjerumus ke arah itu… Jika hati nya di pagari dengan keikhlasan cinta suami yang berpegang teguh pada AGAMA dan menyayanginya kerana Amanah Allah.. Kemungkinan isteri awak tu x kan sanggup berbuat demikian…Semoga Ada hikmah di sebalik kejadian
Sudah menjadi lumrah rumahtangga pasti akan di uji, kesetian dan kejujuran di dalam sesebuah perkahwinan adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan. Semoga rumah tangga jita semua terhindar daripada semua perkara tidak baik. InsyaAllah
BACA: Mengadu ‘BF’ cuma mampu bagi RM500 lepas kahwin, wanita teruk dikecam netizen