2 tahun SD tak diterima Istana? Muhyiddin serah SD kepada Polis pula

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis dalam tempoh sejam

memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (Raja, agama, dan kaum).

Beliau berkata dokumen-dokumen itu termasuk dua surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, y

ang mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 meminta mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti

Ahli-Ahli Dewan Rakyat lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menghantar Akuan-Akuan Berkanun kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada 21 November 2022 sebelum jam 2 petang.

2 tahun SD tak diterima Istana? Muhyiddin serah SD kepada Polis pula

Dokumen kedua adalah 114 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, yang telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari, sebelum tempoh asal ditetapkan tamat, dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Selain itu, beliau juga menyerahkan Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim, bertarikh 21 November 2022 yang mengesahkan bahawa dokumen-dokumen tersebut serta dokumen lain yang berkaitan telah diterima.

“Dengan penjelasan saya kepada pihak polis serta dokumen yang saya serahkan kepada mereka, saya berharap pihak polis akan menjalankan siasatan dengan telus, adil, dan saksama menurut undang-undang.

“Kesetiaan saya kepada institusi Raja Berperlembagaan jangan dipersoalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pagoh itu telah memberikan keterangan kepada polis selama kira-kira satu jam berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R.

Proses itu dilakukan di pejabat bekas Perdana Menteri tersebut yang terletak di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P. Punithan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, hari ini polis mengambil kenyataan daripadanya berhubung ucapan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan menjelaskan fakta-fakta berhubung ucapan saya.

“Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Raja di negara ini. Ia adalah ucapan kempen pilihan raya di mana saya menyatakan fakta mengenai penubuhan kerajaan selepas PRU15 secara sepintas lalu,

dan kemudiannya menceritakan mengenai kesusahan hidup rakyat disebabkan dasar-dasar kerajaan yang menekan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa ada yang telah memutarbelitkan ucapannya termasuk menyunting video ucapan tersebut dengan niat untuk memfitnah kononnya beliau menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah, dan menghasut rakyat supaya membenci Raja.

BACA: Sejam selepas Syamsul Yusof fail penceraian, sekali lain pula story Ira Kazar