Tular satu video memaparkan tiga murid yang merupakan adik beradik kelihatan ceria apabila diminta pulang awal dari sekolah tanpa mengetahui mereka baru sahaja kehilangan bapa.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @cikguaincomey, guru di sekolah tersebut telah memuat naik video
Tiga beradik berkenaan yang kelihatan tersenyum dengan lebar apabila mereka diminta untuk balik awal.
Adik-beradik itu juga sempat melambai ke arah guru berkenaan sambil tersenyum sebelum dijemput oleh ibu saudara mereka untuk pulang ke rumah.
“Masa ni, adik beradik ni diberitahu oleh cikgu supaya kemas beg sebab ada urusan keluarga. Sebenarnya ayah murid-murid ni baru sahaja meninggal kerana serangan jantung.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayah kepada anak-anak murid Cikgu, salam takziah,” katanya.
Sementara itu, pada ruangan kapsyen guru itu menulis dia tidak mempunyai kekuatan untuk menyampaikan berita sedih itu kepada tiga beradik tersebut.
“Cikgu pun tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar sehingga ada makcik murid ni yang datang ambil. Barulah tahu perkara sebenar, meraung dan menangis. Ya Allah, kau berikan kekuatan buat anak murid cikgu, Azalea dan adik-beradiknya,” luahnya.
@cikguaincomeyCikgu pun x sampai hati nk beritahu perkara sebenar.. Sehingga ada makcik murid ni yg dtg ambil.. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menagus.. Ya allah kau berikan kekuatab buat anak murid cikgu ain.. Azalea dan adik beradiknya😭
Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa sebak buat tiga beradik tersebut yang kelihatan gembira kerana tidak tahu mereka telah kehilangan bapa mereka.
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang berkongsi pengalaman mereka apabila menerima berita seperti itu ketika berada di sekolah.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, semoga semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, sebak hati tengok adik beradik ni punya gembira sebelum dapat berita sedih.