3 bulan tidur rumah mak, Nora Danish tak teragak-agak nak lapor Polis

Oleh NADIA HARON

Terpaksa menginap di hotel selama empat bulan dan kini menumpang rumah ibunya.

Pelakon Nora Danish menyuarakan rasa bengangnya terhadap dua individu yang dipercayainya sebagai adik kerana didakwa menipu dalam proses pengubahsuaian rumahnya.

Nora, 42 tahun, atau sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, menyatakan bahawa proses tersebut sepatutnya selesai pada Januari, tetapi hingga kini kerja-kerja masih belum selesai.

3 bulan tidur rumah mak, Nora Danish tak teragak-agak nak lapor Polis

Akibatnya, dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan dan kini menumpang rumah ibunya.

“Saya dah bayar sejak Ogos tahun lalu. Duduk hotel sudah lebih empat bulan. Sekarang saya tinggal di rumah ibu sejak tiga bulan lalu,” tulis Nora di Instastory miliknya.

Nora menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu mempercayai individu yang dianggap seperti adik, tetapi kerja tidak selesai dan kontraktor akhirnya meninggalkan mereka terpinggir.

“Ini semua salah saya kerana percayakan orang yang sudah dianggap macam ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor penipu dan tak berhati perut,” katanya.

Nora mendedahkan perkara ini menerusi Instastory pada malam Rabu dan menyatakan dia akan membuat laporan polis sekiranya masalah ini tidak diselesaikan sehingga hujung minggu hadapan.

“Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90 peratus. Sekarang dah masuk April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polislah jawapannya,” tambahnya.

Nora memberitahu bahawa mereka telah memberi banyak peluang kepada kontraktor tersebut, tetapi kehidupan keluarganya menjadi tidak stabil.

“Kesemua baju dalam beg plastik Ikea. Kena korek tiap kali nak pakai. Nak mula kerja pun susah,” katanya.

Nora dan keluarganya terpaksa hidup berpindah randah selama tujuh bulan.

“Anak-anak tidur sana sini. Allahuakhbar. Dah cuba reda, dan bagi peluang banyak kali. Harap dengan tindakan ni dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati memilih kawan dan kontraktor,” jelasnya.

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neyqal yang kini berusia 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2006 dan bercerai pada 2008, dan mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putera Rayqal, 16 tahun.

BACA: “Saya ingat dia tumpang kejap je tapi berbulan dia duduk macam tuan rumah! Dia pakai kereta family semata-mata nak jumpa awek di Kelantan”