Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh anda perhatikan bagi mengenal pasti
sekiranya ada ular membuat sarang di kawasan rumah anda.
Jika anda menemui salah satu petunjuk ini, segera hubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
1. Cari lubang dalam kawasan semak
Petunjuk pertama yang perlu anda waspada adalah kewujudan lubang dalam semak samun, kerana ia mungkin merupakan sarang ular.
Lubang ini biasanya mempunyai diameter sekitar 2.5 sentimeter (cm) atau kurang, dengan kedalaman antara 15 hingga 25 cm.
Untuk pengetahuan anda, ular mampu menggali lubang yang sedalam 91 cm.
2. Keadaan di luar lubang
Sekiranya anda menemui lubang, perhatikan pula keadaan di kawasan sekitarnya untuk memastikan ia adalah sarang ular.
Jika terdapat kesan cakaran pada tanah dan lubangnya kelihatan lebih besar serta meluas, kemungkinan ia merupakan sarang tikus.
Sarang ular kebiasaannya mempunyai sisa tulang haiwan seperti tikus, burung, atau tupai yang dimakan. Jika anda menemui tulang-tulang sebegini berdekatan dengan lubang, berhati-hatilah.
Perhatikan juga najis ular di sekitar lubang tersebut; ia berwarna coklat tua dan bersalut serbuk putih.
Petunjuk terbesar yang lain adalah kewujudan kulit ular. Ular melalui proses penggantian kulit secara berkala, jadi jika anda menemui kulit ular di kawasan tersebut, itu adalah tanda yang jelas.
3. Masukkan kayu ke dalam lubang
Jika anda berani, masukkan kayu ke dalam lubang untuk memeriksa sama ada ular sedang berehat di dalam sarangnya.
Namun, cara ini sedikit berisiko kerana anda berpotensi menjadi mangsa serangan ular tersebut.
Sebaiknya, dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar seperti Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
BACA: Peguam Abang Bas sahkan sudah mula tindakan undang-undang, fail saman 2 selebriti