3 orang pemuda Pas dilantik ahli Lembaga Getah Malaysia

3 orang pemuda Pas dilantik ahli Lembaga Getah Malaysia

Tiga aktivis Pemuda Pas telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), sebuah agensi di bawah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Walaupun tidak mempunyai kelulusan atau pengalaman yang berkaitan, ketiga-tiga mereka menjadi majoriti dalam Lembaga LGM yang mempunyai lima anggota itu.

Mohd Sanusi Mohd Noor, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Ustaz Mohamad Ismi Mat Taib kini menduduki Lembaga Pengarah LGM bersama Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Datuk Shahabuddin Shafie.

Nazlan adalah ahli Parlimen Umno dari Jerantut manakala Shahabuddin adalah bekas Ketua Pengarah Risda.

Sanusi adalah Adun Jeneri, Kedah. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik kepada Tan Sri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah ketika Pas memerintah negeri itu. Beliau juga adalah AJK Pas Pusat yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.

Nurul Islam, terkenal sebagai ketua cyber trooper Pas. Beliau adalah naib ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Beliau juga memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan negeri Terengganu bersama Khairuddin.

Ustaz Ismi adalah AJK Dewan Ulama Pas. Beliau adalah calon Pas di Parit, Perak dalam pilihan raya umum ke 14 lalu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, kerajaan akan melantik semua ahli parlimen yang tidak memegang apa-apa jawatan menjadi pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia telah mendapat bantahan banyak pihak termasuk dari bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/3-pemuda-pas-dilantik-dalam-lembaga-getah-malaysia/