3 pemimpin NGO ada kaitan dengan PAS dalam radar FBI? Ini jawapan KDN

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Semakin banyak kes melibatkan individu yang aktif menyebarkan maklumat tentang peperangan yang sedang dicari oleh pihak berkuasa luar negara.

Sebelum ini, seorang wanita disoal siasat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura

setelah menghantar hantaran menyertai protes jalanan menyokong Palestin semasa berada di Jepun.

Terbaru, media melaporkan bahawa tiga pemimpin daripada NGO Islam yang berbeza dari Malaysia yang aktif

Dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat telah disenaraikan dalam Pusat Saringan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

3 pemimpin NGO ada kaitan dengan PAS dalam radar FBI? Ini jawapan KDN

Memetik Bernama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berusaha mendapatkan gambaran yang tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berhubung perkara ini.

“Saya baru mengetahui tentang perkara ini dua hari lepas dan telah menghubungi Ketua Polis Negara untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

“Apa yang kita tahu adalah FBI telah membuat permohonan berkaitan isu ini, jadi kita perlu semak fakta yang tepat terlebih dahulu.

“Saya tidak bersedia untuk memberikan fakta secara sembarangan atau samar-samar,” katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.

Oleh kerana itu, ketiga-tiga individu tersebut diarahkan untuk tidak terlibat dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Pada masa yang sama, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari, sebelum ini telah mengesahkan kesahihan surat pemakluman yang diterimanya daripada Kementerian Luar bagi bahagian Asia Barat.

BACA:  Akhirnya pemimpin Pas Kelantan jawab apa kaitan ahli Pas dan Al Arqam