30 minit bergelut dengan buaya, lelaki ajar cara selamatkan diri dengan hanya buat benda ini

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

“Anak saya memang biasa pergi memancing seorang diri, dan sungai tersebut terletak berhampiran rumah kami.

“Ketika kejadian, dia sedang merambat udang, tetapi tiba-tiba rambatnya tidak boleh ditarik dan disyaki tersangkut.

“Anak saya turun ke sungai untuk mengambil rambatnya dan ketika itulah dia diserang buaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, pada waktu kejadian, air sungai berada di paras pinggang, namun anaknya ditarik ke tengah sungai oleh reptilia tersebut.

“Anak saya beritahu, pada awalnya tangannya digigit dan ketika itu dia bergelut selama setengah jam untuk melepaskan diri.

30 minit bergelut dengan buaya, lelaki ajar cara selamatkan diri dengan hanya buat benda ini

“Bahagian kaki dan badannya turut digigit sepanjang pergelutan tersebut. Dalam masa yang sama, dia mencari bahagian mata buaya itu sebelum bertindak mencucuk matanya.

“Buaya itu melepaskannya sebaik sahaja dia mencucuk mata haiwan itu, dan dia segera berenang menyelamatkan diri keluar dari sungai tersebut,” katanya.

Jumat menyatakan anaknya segera dihantar ke Hospital Kuala Penyu sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk menjalani pembedahan.

“Beberapa bahagian anggota badannya termasuk tangan, kaki, dan pinggang mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibedah.

“Namun, dia kini beransur pulih tetapi masih berada di hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah, mengesahkan telah menerima laporan berhubung seorang lelaki yang diserang buaya di Menumbok.

“Mangsa mengalami luka akibat gigitan buaya dan kini dalam keadaan stabil,” katanya.

BACA: Bapa arwah Zulfarhan luah kekecewaan, kes buli UPNM masih berulang