35 nelayan automatik jutawan lepas jumpa bangkai ikan paus ini, rupanya ini yang ada dalam perut ikan itu

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

35 nelayan automatik jutawan lepas jumpa bangkai ikan paus ini, rupanya ini yang ada dalam perut ikan itu

Sekumpulan nelayan dari Yaman pergi ke Teluk Aden untuk mencari makanan.

Namun, nasib yang tak disangka-sangka apabila mereka menemui bangkai seekor paus di laut.

35 nelayan automatik jutawan lepas jumpa bangkai ikan paus ini, rupanya ini yang ada dalam perut ikan itu

Good News Network melaporkan bahawa kejadian ini terjadi kepada 35 nelayan iaitu antara negara termiskin di Timur Tengah. Kini mereka mendapat kekayaan yang luar biasa.

Ditemui, kira-kira 26 kilometer dari pantai bandar pelabuhan selatan Aden, ikan paus itu didamparkan ke kawasan daratan oleh beberapa kapal.

Selepas itu, mereka membelah perut ikan paus yang seberat 280 paun (kira-kira 128 kg) dan menemui ambergris iaitu bahan yang digunakan untuk mendtabilkan wangian dalam minyak wangi.

Lama kelamaan, ia akan berubah menjadi agen perasa dalam minuman keras dan kopi atau kemenyan yang popular di era China kuno, Mesir dan beberapa tempat lain.

Menurut Al-Araby, seorang peniaga dari Arab berminat dan telah membelinya dengan harga $1.5 juta (RM6.2 juta).

“Kehidupan kami berubah selepas kejadian,” kata salah seorang nelayan, Abdulhakeem kepada AFP.

“Ada yang membeli kapal, membina atau membaiki rumah mereka. Saya membuat keputusan untuk membina rumah saya,” katanya.

“Kami hanyalah orang biasa, nelayan yang mencari hasil tangkapan setiap hari,” kata Salim Sharf, salah seorang nelayan yang bertuah itu.

BACA: Tak sangka! Rupanya e-wallet TnG boleh beli air mesin vending di Jepun ramai tak tahu, ini caranya