4 feri baru Pulau Pinang bakal beroperasi bulan ini, kereta boleh naik juga ke macam dulu? Ini ceritanya

Oleh GEMILANGDAILY

4 feri baru Pulau Pinang bakal beroperasi bulan ini, kereta boleh naik juga ke macam dulu? Ini ceritanya

Mulai pertengahan Julai ini, dijangka perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang bakal beroperasi untuk kemudahan penduduk setempat dan para pelancong.

Penyediaan 4 feri baharu ini mengikut laporan berpotensi memuatkan 250 penumpang bersama 50 kenderaan dua roda sahaja.

4 feri baru Pulau Pinang bakal beroperasi bulan ini, kereta boleh naik juga ke macam dulu? Ini ceritanya

Untuk makluman, setiap feri ini dianggarkan bernilai sekitar RM18 juta dan tidak tersedia untuk kemudahan kenderaan kereta.

Menerusi kemudahan baru ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjangkakan tempoh perjalanan perkhidmatan dari Butterworth ke pulau akan mengambil masa sekitar 10 minit.

Ini lebih pantas berbanding masa perjalanan feri klasik sekitar 20 minit.

Selain penggantian feri, kemudahan diterminal feri Raja Tun Uda di Georgetown dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth juga kini sedang dinaik-taraf.

Bagi meningkatkan keselesaan para pengguna, antaranya penyediaan ruang menunggu berhawa dingin, ruang pengecasan telefon, kemudahan mesra OKU dan fasiliti peruncitan.

Berdasarkan sasaran awal, pembukaan kemudahan baru itu akan dilaksanakan sebelum Julai kelak.

BACA:

Gara-gara nak bolot semua harta suami, wanita ini tergamak upah pembunuh upahan demi harta

“Selama ni aku ingat isteri seronok duduk rumah mak ayah dia masa aku outstation. Tak sangka azab yang dia terima, dilayan macam hamba”