5 cadangan LGE kepada kerajaan untuk hadapi saat getir ekonomi

5 cadangan LGE kepada kerajaan untuk hadapi saat getir ekonomi

Ringkasan ucapan perbahasan menjunjung kasih titah DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong di Parlimen:

Dalam keadaan ekonomi merudum kepada negatif 2% mengikut unjuran Bank Negara Malaysia tahun ini, pakej rangsangan ekonomi harus digandakan.

Defisit belanjawan dijangka melebihi 6% KDNK(GDP) daripada 3.4%. Hutang langsung kerajaan telah meningkat daripada RM793.0 bilion pada akhir 2019 kepada RM823.8 bilion pada akhir Mac 2020 dan dijangka meningkat lagi melebihi RM900 bilion dengan pakej rangsangan ekonomi.

Akan tetapi timbul tanda tanya samada peningkatan hutang ini dapat menyelamatkan pekerjaan dengan kadar penggangguran naik mendadak kepada 5.3% atau 830,000 pekerja.

Di mana perginya dana berpuluh bilion ringgit apabila banyak perniagaan mengadu tidak dapat kelulusan bantuan dan pinjaman atau sekiranya kelulusan diperolehi, wang dana masih belum disalurkan?

Kerajaan perlu mengambil tindakan segera demi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan/perusahaan rakyat Malaysia melalui langkah-langkah berikut:

1) Melanjutkan tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman bank sedia ada selama 6 bulan lagi selepas 30 September 2020.

2) Mengembangkan dan memanjangkan tempoh program subsidi upah.

3) Menaikkan rebat bil elektrik daripada RM77 kepada RM154 sebulan.

4) Membentangkan dan meluluskan RUU Covid-19 di Parlimen bagi pelepasan sementara obligasi kewangan dan perjanjian dengan segera demi membolehkan masalah dan kelemahan dasar dan pengurusan dapat dibincangkan.

5) Mencegah ketirisan melalui prinsip urus tadbir baik seperti melawan rasuah, mengamalkan tender terbuka dan bukan “direct negotiation” agar skandal 1MDB tidak berulang lagi.”

Ucapan penuh boleh dibaca di laman berikut:
https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2020/07/16/30066/

– Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan 15 Julai 2020

Sumber :