5 Exco Perak angkat sumpah petang ini dalam majlis ringkas

5 Exco Perak angkat sumpah petang ini dalam majlis ringkas

Lima lagi EXCO kerajaan Perak akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 5 petang ini.

Jurucakap istana, Ahli Dewan Negara Mohd Annuar Zaini, berkata tiada sebarang liputan dibenarkan kerana Sultan Perak mahu majlis diadakan seringkas mungkin.

Katanya, Menteri Besar Saarani Mohamad diarah menghadap sebentar tadi bagi mempersetujui tambahan lima lagi EXCO yang belum dilantik.

“Majlis akan dilangsungkan di Istana Kinta dengan hanya membabitkan kehadiran menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, dan hakim,” katanya kepada pemberita di Istana Kinta selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan Saarani selesai menghadap.

Pada Khamis, Setiausaha PPBM Perak, yang juga ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, antara lima EXCO mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah.

Zainol, yang dilantik sebagai EXCO kanan, bekas penasihat bertaraf EXCO kepada bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu.

Turut mengangkat sumpah empat EXCO pentadbiran lepas, iaitu Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/15/lima-lagi-exco-perak-angkat-sumpah-petang-ini/