Bahasa Melayu dikenali kerana meminjam banyak istilah daripada bahasa Arab.
Perkongsian ini menyebabkan terdapat beberapa persamaan istilah antara bahasa Melayu dan bahasa Ibrani,
Atau dikenali sebagai bahasa Hebrew, yang turut membawa beberapa persamaan dengan orang Yahudi di Malaysia.
Berikut adalah beberapa istilah yang dikongsi hasil daripada pinjaman istilah Arab ke dalam bahasa Melayu.
Shalom
“Shalom” merupakan perkataan Ibrani yang mempunyai pelbagai makna. Selain daripada diterjemahkan sebagai “keamanan,” ia juga merangkumi rasa harmoni, keutuhan, kelengkapan, kemakmuran, kesejahteraan, dan ketenangan.
Sama seperti dalam kehidupan kita, ‘shalom’ digunakan dalam situasi harian untuk menyampaikan salam perkenalan atau ucapan selamat tinggal. Asal usul perkataan “shalom” adalah “shalam” dalam bahasa Ibrani kuno yang bermaksud “membuat sesuatu menjadi utuh.”
Kippah
“Kippah” merupakan penutup kepala, biasanya diperbuat daripada kain, yang dipakai oleh lelaki Yahudi sebagai amalan untuk menutup bahagian kepala mereka. Konsep ini mirip dengan keperluan menutup kepala dalam masyarakat Islam.
Juga dikenali sebagai yarmulke, dalam masyarakat Yahudi ortodoks, lelaki akan memakai kippah sepanjang masa, kecuali semasa tidur dan mandi. Pemakaian kippah bukanlah perintah wajib, tetapi ia menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Yahudi.
Abba
Istilah “Abba” berasal daripada bahasa Aramaik yang bermaksud “bapa,” melambangkan kasih sayang dan kepercayaan anak kepada ayah. Seperti panggilan ‘abah’ dalam bahasa Melayu, istilah ini terus diamalkan dalam masyarakat Yahudi.
Dalam bahasa Arab, panggilan kepada seorang ayah disebut sebagai ‘ab.’ Dalam Perjanjian Baru, nama ‘abba’ juga digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Amen
Penggunaan “Amen” agak kompleks. Ia digunakan secara meluas dalam kitab orang Yahudi sebagai bentuk jawapan yang bermaksud pengakuan kepada “kebenaran” atau “benar.”
Dalam kitab Talmud masyarakat Yahudi, terdapat tiga niat utama dalam menyebut “amen,” bergantung kepada konteks perbuatan, seperti ketika bersumpah, menerima pernyataan atau syarat, dan pengakuan kita percaya sesuatu itu benar.
Tzedakah
“Tzedakah” adalah istilah Ibrani yang bermaksud “kebenaran,” tetapi kini lebih sering digunakan untuk merujuk kepada amal jariah atau bersedekah. Istilah ini datang daripada lama tzedeq dalam bahasa Ibrani, yang bermaksud keadilan.
Dalam pemikiran Yahudi, memberi kepada orang susah adalah kewajiban agama yang harus dilaksanakan demi menjaga kebaikan.
Tzedakah dilihat sebagai tindakan yang perlu dilakukan, tidak kira keadaan kewangan seseorang.