5 motorsikal dijual setiap minit, bukti ekonomi negara mengukuh

Oleh ISMAIL YAHYA

Sebanyak 5.2 buah motosikal baharu dijual setiap minit pada suku ketiga tahun ini.

686,001 unit motosikal baharu dijual di negara itu dari bulan Julai hingga September 2024 menurut Persatuan Pengilang Motosikal Vietnam (VAMM).

Angka diperoleh berdasarkan data jualan lima jenama utama motosikal di Vietnam, iaitu Honda, Piaggio, Suzuki, SYM, dan Yamaha.

Secara purata, 7,456 buah motosikal baharu dijual setiap hari, bersamaan dengan 5.2 kenderaan dua roda dijual setiap minit.

Susulan permintaan yang kukuh, jualan motosikal pada suku ketiga tahun ini melonjak sebanyak 12.34 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

5 motorsikal dijual setiap minit, bukti ekonomi negara mengukuh

Pertumbuhan ini menunjukkan pemulihan pasaran motosikal domestik setelah mengalami penurunan sejak akhir tahun lalu, kata VAMM.

Pertumbuhan pasaran semasa ini antara lain disebabkan oleh kejayaan program promosi jualan yang berkesan, yang menawarkan pengurangan harga dan pelancaran model baharu.

Peningkatan permintaan daripada ibu bapa yang membeli motosikal untuk anak mereka pergi ke sekolah juga menyumbang kepada lonjakan jualan kenderaan itu di Vietnam.

BACA: ‘Tiada common sense’ Kesedaran larangan merokok di Kelantan menyedihkan