Pesawat komersial adalah salah satu alat pengangkutan yang paling cepat dan selamat di dunia.
Namun, terdapat lima negara terkenal yang tidak mempunyai lapangan terbang sehingga ke hari ini.
Salah satu sebab negara-negara ini tiada lapangan terbang adalah disebabkan keadaan geografi dan bentuk muka buminya yang kurang sesuai.
Kami menyenaraikan lima negara yang tidak mempunyai lapangan terbang,
seperti yang dipetik daripada portal Times of India dan lifestyle.bisnis.com.
1.Andorra
Berbanding negara lain, Andorra memiliki wilayah daratan yang lebih luas, namun bentuk muka buminya dipenuhi dengan kawasan pergunungan.
Negara yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol ini dikelilingi oleh pergunungan Pyrenees yang memiliki puncak-puncak dengan ketinggian hampir 3,000 meter dari aras laut.
Mengoperasikan pesawat di altitud seperti itu menjadikannya sangat berisiko dan rumit. Oleh itu, kerajaan Andorra memutuskan untuk tidak memiliki lapangan terbang sendiri. S
ebagai alternatif, para pelancong boleh memilih penerbangan ke kota-kota terdekat seperti Barcelona, Lerida, atau Girona (Sepanyol) yang terletak dalam radius 200 kilometer dari Andorra.
2.Vatican City
Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan jumlah penduduk kurang daripada 800 orang. Saiz negara yang kecil menawarkan ruang minimum untuk pesawat mendarat, dan tiada sungai atau akses laut untuk memudahkan pengangkutan alternatif. B
agaimanapun, lapangan terbang paling hampir dengan negara itu adalah Fiumicino dan Ciampino di Rome, Itali, yang boleh dicapai dalam masa 30 minit dengan menaiki kereta api.
3.San Marino
Terletak berhampiran Vatican City, San Marino terkenal sebagai salah satu negara tertua di dunia. Dikelilingi oleh Itali, San Marino tidak mempunyai lapangan terbang kerana saiznya yang kecil.
Mujurlah, rupa bumi yang agak rata di negara ini boleh diakses dan infrastruktur jalan raya juga agak luas. Salah satu lapangan terbang yang paling dekat dengan San Marino terletak di Rimini, Itali.
Walaupun ia agak kecil, lapangan terbang itu berfungsi sebagai hab pengangkutan penting bagi penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke San Marino.
4.Monaco
Monaco adalah negara kedua terkecil di dunia selepas Vatican City yang tidak memiliki lapangan terbang. Para pelancong yang ingin datang ke negara ini harus menggunakan teksi, menaiki bot, atau kereta api setelah tiba di Lapangan Terbang Nice yang terletak di Perancis.
Atas faktor negara yang terlalu kecil dan tidak mempunyai kawasan khas bagi pesawat mendarat, Monaco memutuskan untuk tidak membina lapangan terbang sendiri.
5.Liechtenstein
Liechtenstein terdiri daripada kawasan berbukit dan lereng yang landai, dan merupakan negara kecil yang hanya berkeluasan kurang daripada 75 kilometer.
Jika Liechtenstein ingin membangunkan lapangan terbang sendiri, kemungkinan besar mereka harus menambak dan menggunakan sebahagian tanah dari wilayah Austria.
Justeru, bagi mengelakkan konflik diplomatik dengan negara jiran, Liechtenstein memilih untuk tidak membina lapangan terbang mereka.
Maka, penduduk di negara tersebut terpaksa memandu kereta atau menaiki bas untuk ke lapangan terbang terdekat di Zurich, Switzerland, yang terletak sejauh 120 kilometer.