5 petanda suami mula bosan dengan isteri..silap-silap esok cari perempuan lain!

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Dalam hubungan, tindakan atau perbuatan adalah perkara yanag lebih besar berbanding kata-kata manis dalam menjamin bahawa ikatan yang terjalin sentiasa penuh keharmonian.

Siapa pun dapat mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak,’ tetapi hanya sedikit yang bersedia berkorban

Dan melakukan tindakan yang kadang-kadang tidak masuk akal demi membuktikan cinta mereka kepada anda.

5 petanda suami mula bosan dengan isteri..silap-silap esok cari perempuan lain!

Dr. Gary Brown, seorang ahli terapis pasangan, menyatakan bahawa walaupun sesuatu perkara mungkin kelihatan remeh, sebenarnya ia mencerminkan perasaan sejati yang dimiliki oleh kedua belah pihak terhadap satu sama lain dan keadaan hubungan seseorang.

Berikut adalah 5 situasi yang boleh menjadi petunjuk sama ada anda atau pasangan berada dalam keadaan tidak bahagia.

1. Terima Kasih

Perkataan “terima kasih” mungkin kelihatan remeh, tetapi sebenarnya ia merupakan petunjuk yang jelas terhadap tahap hubungan anda.

Menurut Dr. Brown, jika sebelum ini anda dan pasangan sering berterima kasih atas perkara-perkara kecil seperti menyediakan kopi atau membersihkan rumah, tetapi kini kehilangan kemampuan untuk menyatakan penghargaan kepada pasangan, itu mungkin menjadi petanda bahawa hubungan anda berada di ambang kehancuran.

Ini kerana ketidakbahagiaan mungkin membuat anda kurang sensitif terhadap tindakan kecil yang dilakukan oleh pasangan, dan mungkin anda tidak sedar betapa pentingnya ungkapan “terima kasih” dalam hubungan.

2. Tiada lagi luahan isi hati

Sebagai pasangan suami isteri, komunikasi adalah sangat penting, termasuklah membincangkan perkara-perkara penting dan perkembangan harian anda.

Perbualan dari hati ke hati sebenarnya menunjukkan kasih sayang dan kepedulian terhadap pasangan, di mana anda menganggap mereka sebagai insan yang paling penting untuk berkongsi setiap perasaan dalam hati.

Dr. Brown menyatakan bahawa apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada berbual tentang perkara-perkara penting, situasi ini perlu mendapat perhatian.

Ini memberikan petanda bahawa minat dalam hubungan mungkin sudah berkurangan, dan dalam keadaan yang lebih teruk, ia boleh mencetuskan perasaan benci sehingga akhirnya membawa kepada ketidakbahagiaan.

3. Tidur pada waktu yang berbeza

Walaupun kelihatan remeh, namun menurut Dr. Brown, ia memiliki kesan yang besar apabila pasangan mulai merasa tidak lagi dianggap penting. Bayangkan sebelum ini, tidur bersama-sama, bangun bersama, dan melakukan aktiviti berkualiti bersama.

Namun, disebabkan perbezaan waktu tidur, tindakan tersebut bukan sahaja menunjukkan kurangnya minat terhadap pasangan, tetapi juga mengajukan soalan tentang kebahagiaan dalam hubungan.

Bagaimana mungkin bahagia jika aktiviti bersama yang sebelumnya dianggap penting dan bersifat intim berubah akibat perubahan rutin? Ini menekankan pentingnya perbincangan terbuka dalam hubungan untuk memahami keperluan dan kehendak pasangan.

4. Tiada lagi panggilan sayang

Panggilan-panggilan mesra seperti sayang, baby, honey, dan sebagainya mungkin kedengaran biasa, tetapi ia juga memiliki peranan penting dalam mengukuhkan ikatan antara suami dan isteri.

Panggilan-panggilan manja tersebut bukan hanya sekadar kata-kata, tetapi juga merupakan salah satu cara yang menunjukkan perasaan kasih sayang anda terhadap pasangan, menjadi cara meluahkan rasa cinta di dalam hubungan suami isteri.

5. Tiada lagi kiriman mesej atau ciuman selamat malam

Kadang-kadang, perkara-perkara kecil dan remeh dapat menjadi ungkapan betapa besar rasa kasih sayang anda terhadap pasangan.

Kiriman mesej ringkas yang bertanya tentang khabar di tempat kerja atau memberi ciuman di malam hari adalah contoh-contoh kecil yang menunjukkan bahawa pasangan anda sentiasa berada dalam fikiran anda.

Baca juga:“Bakal suami kerja biasa-biasa je tapi masa akad nikah tu aku terkedu bila dengar bakal suami sebutkan jumlah mas kahwin dan apa yang dia bagi”