Terkadang, bosan juga hanya makan ayam masak paprik, bukan?
Oleh itu, mengapa tidak mencuba variasi masak paprik yang lain seperti paprik sayur, paprik campur, paprik seafood, dan sebagainya.
Jika kekurangan idea untuk menyediakan hidangan tengah hari atau makan malam, bolehlah merujuk kepada resepi-resepi di bawah ini.
Semoga ianya berguna!
1) Resipi Paprik Ayam
Bahan-bahan untuk tumis:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai, diketuk
Bahan-bahan lain:
- 3 sudu besar cili kisar
- Daging ayam (potong kecil)
- Setengah mangkuk air panas
- Sayur pilihan
- 6 biji cili padi (diketuk)
- Daun limau purut
Bahan-bahan sos:
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos cili Thai
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- Separuh sudu besar kicap manis
Cara memasak:
Panaskan minyak secukupnya kerana akan menggunakan cili kisar. Tumis bahan-bahan tumis terlebih dahulu.
Apabila bahan-bahan tersebut sudah garing, masukkan cili kisar. Masak hingga garing dan minyak pecah.
Kemudian, masukkan daging ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga daging ayam empuk.
Tambahkan bahan sos dan air panas setengah mangkuk. Gaulkan rata.
Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan sayur-sayuran pilihan. Jika ada kacang, boleh dimasukkan juga. Kacang panjang atau kacang buncis boleh digunakan. Sertakan juga 6 biji cili padi yang diketuk.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut (buang tulang tengah daun).
Biarkan sayuran lembut sebentar dan tutup api. Selamat mencuba!
2) Resipi Masak Paprik Seafood
Bahan A:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Potong semua bahan A.
Bahan B:
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 sudu pes tomyam
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu sos cili
- 3 sudu kicap manis
- Perasa
- Udang dan sotong (boleh ditukar dengan daging atau ayam)
Bahan C:
- Kobis bunga
- Lobak merah
- Kacang buncis
- Daun limau purut
- Cili merah/hijau
Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan B kecuali sotong dan udang.
Kemudian masukkan sotong dan udang yang telah dicuci bersih. Tambah sedikit air. Masak hingga empuk.
Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Jika suka, taburkan serbuk perasa.
Gaul rata dan hidangkan. Selamat mencuba!
3) Resipi Paprik Daging
Bahan-bahan:
- Separuh kilogram daging (jika keras, rebus dahulu)
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sudu besar cili kering (rebus dan kisar)
- 3 batang serai (potong kasar)
- 1 inci halia
- 3 helai daun limau purut
- Sedikit sos cili
- Sedikit sos tomato
- Kicap manis
- Kiub ayam/cukup rasa/perasa
Cara memasak:
Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili kering yang telah dikisar sehingga naik bau dan minyak pecah.
Setelah bahan kisar itu sudah naik bau dan minyak pecah, masukkan serai, halia, dan daun limau purut. Gaulkan rata.
Kemudian, masukkan daging dan biarkan hingga empuk.
Tambahkan sos cili, sos tomato, dan kicap manis. Gaulkan hingga rata.
Ratakan sebentar sehingga semua bahan bercampur.
Terakhir, masukkan bawang holland, tomato, dan daun saderi. Gaulkan sehingga rata.
Hidangkan dengan segera. Selamat mencuba!
4) Resipi Masak Paprik Sayur
Bahan-bahan:
- 2 biji terung – dipotong memanjang
- 1 biji lobak merah – dipotong
- 4 batang jagung muda – dipotong
- 10 biji kacang panjang/buncis secukupnya – dipotong serong memanjang
- Sedikit isi udang (jika suka)
- 1 sudu kecil serbuk cili
- Separuh sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar sos cili Maggi®
- Separuh sudu besar sos tiram Maggi®
- 2 ulas bawang putih – diketuk
- 1 biji bawang besar – dibelah tebal
- 1 helai daun limau purut
- 3 sudu besar minyak masak
- Maggi® CukupRasa™ secukupnya
Cara memasak:
Goreng terung sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan letakkan ke tepi.
Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit air.
Masukkan daun limau purut, ser
buk cili, dan lada sulah.
Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sebentar.
Masukkan terung yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Taburkan Maggi® CukupRasa™ di atasnya. Gaulkan rata. Tutup api dan hidangkan!
5) Resipi Paprik Campur
Bahan-bahan:
- Serai
- Bawang putih
- Bawang besar
- Lada kering
- Sedikit belacan
- Sos cili
- Sos tiram
- Sayur pilihan
- Garam secukupnya
Cara memasak:
Tumis bawang putih, bawang besar, dan serai. Setelah garing, masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
. Tambahkan sedikit belacan.
Kemudian, masukkan bahan lauk seperti ayam, udang, sotong, atau yang lain yang disenangi dan sudah dicuci bersih. Tambahkan sedikit air. Masak hingga empuk.
Selanjutnya, masukkan sos cili dan sos tiram secukupnya.
Jangan lupa letakkan sayuran pilihan dan garam secukup rata. Gaulkan rata dan biarkan menggelegak sebentar. Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
Baca Juga : Terlalu percaya dengan GPS, Honda City ‘sangkut’ atas jambatan