Selepas lima tahun bercerai, pelakon Jue Aziz kini kembali bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat.
Meluahkan rasa syukur atas perkahwinan tersebut, Jue atau Zuliana Abdul Aziz, 40, memberitahu bahawa dia dan suaminya sudah lama saling mengenali sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
“Sejak bila kami kenal biarlah menjadi rahsia, tetapi apa yang boleh saya katakan adalah kami sudah lama kenal dan bukan mudah untuk membuat keputusan berkahwin.
“Pada mulanya kami merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini, tetapi dipercepatkan untuk memenuhi permintaan ibu saya yang sudah berusia.
“Agak kelam-kabut juga untuk memastikan semua ahli keluarga ada pada tarikh tersebut, namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
“Apa yang penting adalah restu keluarga, dan anak saya kini ada papa baru,” katanya.
Jue sebelum ini berkongsi video hari bahagianya di Instagram, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai status sebenarnya.
Dalam majlis tersebut, Jue memberitahu bahawa dia menerima mas kahwin sebanyak RM222, serta seutas gelang dan sebentuk cincin.
“Suami saya adalah seorang yang sentiasa memberi sokongan dan memahami kerjaya saya,” katanya.
Jue enggan mendedahkan secara terperinci tentang suaminya, tetapi memberitahu bahawa Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya dan lebih muda daripadanya.
Majlis pernikahan Jue hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Jue sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik dari Indonesia bernama Bayu Praman pada Mac 2014 dan bercerai pada Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish Naufal, 11.
BACA: Jual lukisan sendiri, pelajar universiti raih duit poket lebih RM19,000! Tak perlu pinjam ptptn