Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin cenderung mengelak untuk tinggal sebumbung dengan keluarga mentua, kecuali jika tiada pilihan lain.

Selain untuk menjaga privasi, keputusan itu juga bertujuan mengelakkan sebarang perselisihan faham yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Seperti kisah yang dikongsi seorang wanita dalam sebuah grup di Facebook, dia menceritakan cabaran hidup bersama

mentua yang tidak memahami kerjayanya sebagai jururawat, sehingga sering dianggap sebagai menantu yang pemalas.

“Sering Dituduh Pemalas”


Wanita tersebut, yang mempunyai tiga anak termasuk seorang bayi berusia tiga bulan, berkongsi jadual kerjanya yang sibuk dengan syif pagi, petang, dan malam.

Namun, ibu mentuanya sering mengungkit, mendakwa dia hanya tahu tidur dan mengabaikan tanggungjawab rumah tangga.

“Saya akui, saya hanya dapat mengemas rumah atau melipat baju pada hari cuti. Tapi mentua saya tak pernah faham. Dia sering canang tentang saya kepada jiran-jiran,” katanya.

Tiada Bantuan, Beban Kian Berat

Lebih menyedihkan, ibu mentuanya enggan membantu walaupun untuk menjaga anak-anak seketika.

“Bayi saya asyik menangis bila ditinggalkan, tapi mentua langsung tak ambil alih. Kalau nak mandi atau solat pun, saya tunggu anak tidur dulu,” luahnya.

Suaminya pula hanya mampu membantu secara diam-diam kerana ibunya ‘pantang’ melihat anak lelakinya melakukan kerja rumah.

Rancangan Pindah, Tapi Mentua Mahu Ikut

Wanita itu juga mendedahkan bahawa dia merancang untuk berpindah ke rumah sewa, namun tertekan apabila ibu mentuanya ingin turut serta.

“Kita nak pindah sebab stres, tapi stres itu ikut pula. Saya sampai satu tahap rasa nak berhenti kerja saja

. Orang luar tak faham betapa beratnya kerja seorang jururawat,” jelasnya.

Komen Netizen: “Duduklah Berasingan”

Ruangan komen dipenuhi nasihat daripada netizen yang menggalakkan wanita tersebut mencari kediaman sendiri untuk menjaga kesihatan mental dan fizikalnya.

“Duduk asinglah, ada privasi sendiri. Rumah bersepah pun tak ada siapa kisah. Jangan berhenti kerja, nanti lagi stres di rumah.”

“Kalau saya, saya keluar saja dari rumah tu. Jangan biar orang lain atur hidup kita.”

“Saya pernah duduk dengan mentua enam tahun. Sikit lagi nak gila. Pilihan terbaik, pindahlah.”

Kisah ini mengingatkan betapa pentingnya menjaga keseimbangan antara tanggungjawab keluarga dan kerjaya, sambil memastikan kesihatan mental tetap terpelihara.

BACA: Cepat netizen buat kerja, rupanya Gus Miftah pernah tunjal kepala isteri dikhalayak ramai