6 jenis rehat pasti hilang penat burnout menurut Dr Fadzilah Kamsah

Oleh ZULAIKHA ABBAS

‘Burnout’ adalah keadaan psikologi di mana seseorang mengalami tekanan yang berlebihan akibat pekerjaan.

Sindrom ini boleh mengakibatkan gangguan dalam rutin harian dan melibatkan emosi yang sensitif.

Melalui perkongsian ilmu daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, terdapat enam jenis rehat yang boleh dilakukan

bagi mengelakkan burnout dan mengimbangi kehidupan. Oleh itu, berikanlah rehat kepada tubuh badan anda.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

6 jenis rehat pasti hilang penat burnout menurut Dr Fadzilah Kamsah

Jangan biarkan burnout melemahkan tubuh kita. Badan kita bukan mesin. Bahkan mesin pun memerlukan rehat, apatah lagi kita sebagai manusia.

Ambil waktu untuk berehat dan jangan terlalu menekan diri sendiri atau melakukan sesuatu yang di luar kemampuan kamu. Tok Abah doakan agar hidup kamu sentiasa ceria dan kekal bersemangat walau dalam apa jua urusan.

Berehatlah bila perlu.

6 JENIS REHAT UNTUK ELAK BURNOUT

Untuk mengelakkan burnout, sebagai manusia, kita perlu melakukan enam jenis rehat ini agar kita berada dalam posisi yang seimbang:

1. REHAT DARI SEGI FIZIKAL

Kita biasanya cepat merasa burnout apabila kurang tidur. Terdapat dua jenis rehat dari segi fizikal, iaitu pasif dan aktif.

Pasif:

Tidur selama 7 jam sehari.
Amalkan tidur sebentar (10-15 minit) di waktu tengah hari.

Aktif:

Lakukan regangan otot secara berkala.
Pergi berurut.

Gunakan kerusi ergonomik dan meja yang sesuai dengan ketinggian tubuh badan kita.

2. REHAT DARI SEGI MENTAL

Senaraikan perkara yang ingin dilakukan (to-do lists).
Pegang pada checklist mengenai apa yang ingin diselesaikan pada hari tersebut.

Solat awal waktu.

3. REHAT DARI SEGI SOSIAL

Nilaikan setiap hubungan yang kamu ada dengan orang penting dalam hidup kamu.

Luangkan masa dengan orang yang memberi tenaga, menceriakan, dan memberi semangat kepada kamu.

Hadkan masa dengan orang yang membuat kamu kehilangan tenaga, semangat, dan keceriaan.

4. REHAT DARI SEGI PENGGUNAAN HANDPHONE

Letakkan handphone dalam mode senyap atau pilot mode.

Jauhkan handphone dari tempat yang mudah dicapai.

Berehat dari skrol media sosial.

Kurangkan mesyuarat video.

Jika sukar untuk berpisah dengan handphone, gunakan handphone untuk mendengar bacaan Al-Quran, zikir, atau bunyian alam.

5. REHAT DARI SEGI EMOSI

Luangkan masa dengan orang yang membolehkan kamu menjadi diri sendiri.

Kita sering mengalami burnout kerana menahan dan memendam emosi. Janganlah berpura-pura di depan orang lain.

6. REHAT DARI SEGI MEMANTAPKAN KREATIVITI

Nikmati dan hargai keindahan alam di sekeliling. Pergilah memanjat bukit, gunung, atau meneroka hutan.

Biarkan diri kamu sibuk menikmati alam. Dari situ, idea-idea baharu pasti akan timbul yang tidak terjangkau sebelum ini.

BACA: Tak sangka! Ingatkan Ku Li je rupanya ada 4 kerabat raja yang terjebak dalam politik Malaysia