HALAMAN rumah yang kosong boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti, antaranya berkebun.
Namun, sebelum memulakan penanaman pokok buah-buahan atau sayur-sayuran,
Penting untuk memberi perhatian kepada beberapa aspek, seperti jenis tanah yang terdapat di kawasan tersebut.
Melalui satu hantaran di laman Facebook Pejabat Pertanian Daerah Muar, terdapat petua untuk mengenal pasti
jenis tanah di rumah anda dan menilai sama ada ia sesuai untuk bercucuk tanam.
1) Tanah liat
Tanah liat dapat dikenali melalui warna kuning kemerah-merahan dan teksturnya yang mudah melekat apabila dipegang dalam keadaan basah.
Tanah ini mempunyai partikel yang sangat kecil, halus dan rapat antara satu sama lain, menjadikannya sukar untuk menyerap air. Tanah liat juga padat dan kurang memiliki saluran pengudaraan, yang menyukarkan pergerakan akar pokok dan menjadikannya sukar untuk digembur. Oleh itu, ia kurang sesuai untuk projek penanaman pokok.
2) Tanah pasir
Tanah pasir dapat dilihat melalui sifatnya yang kering dan mudah berderai. Tanah jenis ini mempunyai partikel yang besar dan longgar,
menjadikannya kurang efisien dalam menyimpan air. Tanah pasir akan cepat kering selepas disiram, menyebabkan akar pokok sukar mendapatkan air dan nutrien yang diperlukan. Selain itu, tanah pasir juga cepat panas apabila terdedah kepada sinaran matahari, menjadikannya kurang sesuai untuk pertumbuhan pokok.
3) Tanah gambut
Tanah gambut berwarna hitam atau perang dan terasa seperti span apabila dikepal dengan tangan. Ia adalah tanah berorganik yang kaya dengan nutrien akibat daripada pereputan bahan organik sejak ribuan tahun lalu. T
anah gambut dapat menyimpan banyak air apabila hujan, tetapi akan kering dan merekah semasa musim kemarau. Tanah gambut sesuai digunakan sebagai baja sampingan, tetapi tidak sesuai untuk menanam pokok secara sepenuhnya.
4) Tanah endapan (silt)
Tanah endapan terasa lembut, halus dan sejuk apabila disentuh, dengan partikel yang lebih kecil berbanding tanah pasir. Tanah jenis ini menyerap air dengan baik, tetapi mudah kehilangan nutrien dan pengudaraannya terhad kerana tanahnya yang mampat.
Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang lebih untuk tanaman yang ditanam.
5) Tanah keranji (saline)
Tanah keranji adalah tanah yang kering dan bergaram. Tanah ini mempunyai kandungan garam yang tinggi, yang menyebabkan masalah kepada pertumbuhan tumbuhan. Pokok-pokok biasanya sukar berkembang di tanah jenis ini.
6) Tanah loam
Tanah loam adalah jenis tanah yang paling sesuai untuk pertanian dan sangat digemari oleh para pekebun. Ia mempunyai warna hitam, mudah digembur, serta terasa lembut dan rapuh apabila dipegang. T
anah loam mempunyai daya serapan air dan pengudaraan yang sangat baik, menjadikannya ideal untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Tanah loam terdiri daripada 40% pasir, 40% endapan dan 20% tanah liat, dengan kandungan pH dan kalsium yang tinggi.
Jika halaman rumah anda tidak mempunyai tanah loam, jangan risau. Tanah lain juga boleh diubah suai dan diperbaiki supaya sesuai untuk tanaman.
BACA:Â Nga Kor Ming sekolahkan Pemuda Pas, pertahan nyanyian Krismas di Kementerian