6 syarikat dari Malaysia ini diharamkan Amerika, gara-gara bekal 2 benda ini kepada Rusia

Oleh NADIA HARON

Amerika Syarikat tetap tegas dengan sokongan antarabangsa terhadap industri ketenteraan Rusia,

Menyebabkan enam syarikat Malaysia dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara AS.

Menurut kenyataan dan laporan Malay Mail, syarikat-syarikat ini didakwa membantu sektor ketenteraan Rusia melalui eksport barangan industri bernilai jutaan dolar.

Jabatan Negara AS mengumumkan bahawa sekatan ini dikenakan mengikut Seksyen 1(a)(i) Perintah Eksekutif 14024,

yang bertujuan untuk menyekat “penyokong negara ketiga” yang menyokong industri ketenteraan Rusia.

6 syarikat dari Malaysia ini diharamkan Amerika, gara-gara bekal 2 benda ini kepada Rusia

Langkah ini adalah sebahagian daripada sekatan yang dikenakan terhadap hampir 400 entiti dan individu dari pelbagai negara yang didakwa menyokong ekonomi Rusia, termasuk dari negara-negara seperti China, India, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, dan Malaysia.

Enam syarikat Malaysia yang disenaraikan ini didakwa terlibat dalam membekalkan barangan CHPL (Tier 3) seperti galas bebola, komponen kritikal untuk sektor ketenteraan.

Berikut adalah perincian syarikat-syarikat tersebut:

Zeolite Mansford Sdn Bhd (ZEOLITE) – Didakwa menghantar galas bebola bernilai kira-kira USD2.1 juta kepada beberapa syarikat Rusia, termasuk GPZ77 Limited Liability Company, pada Mac 2024.

Maxtrum Capital Sdn Bhd (MAXTRUM) – Menghantar galas bebola bernilai lebih USD440,000 kepada syarikat Rusia, KRUPS MM Limited Liability Company, pada Mac 2024.

Centrina United Sdn Bhd (CENTRINA) – Menghantar galas bebola bernilai kira-kira USD2.7 juta kepada beberapa syarikat Rusia, termasuk entiti yang disenaraihitamkan AS, iaitu Baltpromservis dan OOO Instrumentalno Podshipnikovaya Kompaniya, antara Januari 2023 hingga Februari 2024.

Gyntec Carbon Sdn Bhd (GYNTEC) – Menghantar produk CHPL bernilai USD2 juta kepada beberapa syarikat Rusia antara Februari 2023 hingga April 2024.

Moralability Industrial Sdn Bhd (MORALABILITY) – Terlibat dalam penghantaran barangan bernilai kira-kira USD1.3 juta kepada syarikat Rusia termasuk Limited Liability Company Germes, antara November 2023 hingga April 2024.

Melix Global Sdn Bhd (MELIX GLOBAL) – Terlibat dalam pengeluaran galas bebola dan dihukum kerana menghantar barangan bernilai lebih USD190,000 kepada Baltpromservis, yang telah disenaraihitamkan AS, pada April 2024.

Tindakan ini turut membawa implikasi kepada Malaysia yang kini dipantau oleh Amerika Syarikat dalam isu sokongan terhadap industri ketenteraan Rusia.

Sejak perang di Ukraine bermula, AS terus memperketat sekatan terhadap entiti global yang berhubung dengan ekonomi Rusia.

Malaysia kini juga dianggap sebagai negara di mana syarikat-syarikat tempatan mungkin terlibat secara aktif dalam membantu Rusia, dan sekatan ini dijangka membawa kesan ekonomi serta reputasi kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Syarikat-syarikat tersebut mungkin akan kehilangan akses ke pasaran AS, dan aset-aset mereka yang berada di kawasan yang dikawal AS juga berpotensi dibekukan.

Pihak berkuasa AS menegaskan bahawa sekatan ini adalah mesej tegas kepada mana-mana entiti yang cuba melanggar sekatan antarabangsa.

Langkah ini juga menjadi peringatan kepada negara-negara lain agar tidak terlibat dalam menyokong sektor ketenteraan Rusia, terutamanya dalam keadaan konflik yang berterusan dengan Ukraine.

BACA: Jabatan perangkaan perkenal PAKW untuk rakyat Malaysia, PAKW itu apa?