8 cara anda boleh lakukan untuk hapuskan pepijat atas tilam

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Masalah pepijat tidak asing buat mereka yang tinggal di Malaysia, apatah lagi gigitan kecil itu mampu menyebabkan satu tubuh menjadi merah dan rasa gatal.

Jika dilihat pada saiz pastinya tak akan menyangka sebegitu besar kesan kepada mereka yang digigit pepijat ini.

Menurut MimbarRaudah, ini adalah lapan cara untuk menghapuskan pepijat untuk anda cuba.

8 cara anda boleh lakukan untuk hapuskan pepijat atas tilam

Cara mudah hapuskan pepijat

1. Gunakan pengering rambut

Pepijat ini alah pada haba atau kepanasan. Boleh halakan pengering rambut pada celah-celah tilam. Buat tiga ke empat kali.

Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan sembur dengan teliti di setiap celahan tilam dan kain cadar untuk menghapuskannya.

2. Sembur penghapus serangga

Gunakan spray menghapus serangga yang banyak dijual. Boleh guna Baygon atau Ridsect. Sembur dan biarkan seketika kemudian vacum.

Lakukan empat ke lima kali supaya semua pepijat hilang. Pastikan juga buang sedutan dalam vacum kerana pepijat boleh hidup dan merebak dari situ jika tak dihapuskan.

3. Jika ada gel silica, tabur pada tilam
What Happens If You Eat Silica Gel? Adults, Children, and Pets

Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.

4. Guna baking soda

Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus.

Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.

5. Keringkan cadar dalam mesin pengering
Haba yang panas akan membunuh pepijat, jadi basuh cadar yang ada pepijat dengan air panas dan keringkan guna pengering.

6. Guna daun durian belanda
Bagaimana daun durian belanda bermanfaat buat anda – Ceriasihat
Ini petua orang tua, ambil durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah pada kepada daun ini.

Boleh cuba, terutama selepas lakukan semburan untuk mengelakkan ia kembali.

7. Jemur tilam
Angkat dan jemur tilam dan kusyen yang ada pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.

8. Ganti tilam baru
Jika sudah beberapa cara di atas digunakan dan pepijat masih ada, ada baiknya ganti dengan tilam baru.

Buang jauh tilam lama kerana pepijat mungkin sudah banyak dan bersarang.

Selamat mencuba.

Mana yang masih tak jumpa jalan penyelesaian boleh cuba cara nombor lapan, atau panggil mereka yang pakar untuk hapuskan pepijat.

Baca juga: