9 pekerjaan dengan gaji tertinggi di dunia, anda boleh mohon sekarang

Oleh NADIA HARON

TIDAK dinafikan, gaji adalah aspek utama yang dipertimbangkan ketika menerima tawaran pekerjaan.

Sudah menjadi menjadi impian semua orang untuk mendapat gaji yang lumayan demi masa hadapan lebih baik.

Sehubungan itu, merujuk kepada Knowledgehut, Relevan kongsikan sembilan pekerjaan dengan bayaran gaji tertinggi di dunia pada 2023.

9 pekerjaan dengan gaji tertinggi di dunia, anda boleh mohon sekarang

1- Ketua Pegawai Eksekutif

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bertanggungjawab menentukan dan mengendalikan hal ehwal korporat syarikat, membuat keputusan korporat yang penting, mengurus sumber dan menyelia semua operasi pengurusan seperti menyelaras, merancang dan mengarahkan aktiviti di peringkat tertinggi.

Atas sebab itu mereka dibayar gaji yang tinggi. Skala gaji tahunan boleh meningkat kepada AS$310,000 (RM1,455,140) atau lebih lagi jika bekerja di syarikat terkemuka.

2- Pakar perubatan

Bidang perubatan sentiasa mendapat permintaan tinggi dan antara yang menerima gaji paling lumayan adalah seperti berikut:

Pakar Kardiologi: Pakar jantung dan saluran darah ini menerima gaji pokok bermula AS$233,584 (RM1,096,443) setahun.
Pakar bius: Pakar bius memperoleh kira-kira AS$328,526 (RM1,542,101) setahun.
Pakar Ortodontik: Gaji berkisar antara AS$259,163 (RM1,216,511) hingga AS$301,549 (RM1,415,471) setahun.
Pakar Neurologi: Mereka mempunyai kepakaran berkaitan sistem saraf dengan julat gaji AS$237,309 (1,113,928) hingga AS$635,601 (RM2,983,511) setahun.
3- Peguam korporat

Peguam korporat ialah penasihat perniagaan undang-undang untuk perniagaan dan institusi.

Tugas utama mereka adalah menasihati pelanggan tentang hak dan tanggungjawab undang-undang. Julat gaji peguam korporat adalah sekitar AS$94,180 (RM442,080) sehingga AS$240,000 (RM1,126,560) setahun.

4- Saintis data

Mereka menggabungkan kemahiran sains komputer, pemodelan, statistik, analitik dan kemahiran matematik untuk mendedahkan jawapan kepada beberapa soalan utama yang boleh membantu organisasi membuat keputusan. Gaji tahunan seorang saintis data boleh mencecah sehingga AS$150,000 (RM704,100) setahun.

5- Jurutera perisian kanan

Dengan bantuan alat teknologi seperti kod dan platform, jurutera perisian bertanggungjawab untuk membuat pilihan reka bentuk.

Mereka mencipta prototaip yang memenuhi keperluan pelanggan. Gaji tertinggi jurutera perisian kanan sekitar AS$100,000 (RM469,400) hingga AS$114,000 (RM535,116) setahun. Ia bergantung kepada syarikat, pengalaman dan kemahiran.

6- Pembangun web

Pembangunan web adalah bidang yang menguntungkan pada zaman moden yang dikuasai oleh teknologi.

Tugas utama adalah untuk mereka bentuk, membina dan mengubah suai laman web. Portfolio yang baik dan rujukan yang kukuh boleh mempengaruhi gaji sehingga mencecah AS$146,430 (RM687,342) setahun.

7- Pengurus jurutera

Penyeliaan dan pengurusan adalah peranan utama mereka. Pengurus jurutera juga bertanggungjawab ke atas pelbagai projek, pasukan dan berbagai pelanggan.

Multi-tasking adalah salah satu kemahiran insaniah penting yang diperlukan. Gaji asas untuk pengurus jurutera ialah AS$149,000 (RM699,406) setahun.

8- Pengurus sistem IT

Perkembangan sektor teknologi maklumat (IT) dan dunia teknologi adalah sebab di sebalik keperluan yang lebih besar untuk pengurus sistem IT.

Pengurus sistem IT memainkan peranan penting dalam membina halangan untuk melindungi sistem daripada penggodam dan perisian lain yang tidak diingini.

Gaji purata untuk pengurus sistem IT adalah antara AS$87,761 (RM411,950) hingga AS$127,000 (RM596,138) setahun.

9- Pengurus projek

Pengurus projek bertanggungjawab memimpin pasukan untuk menyiapkan projek dalam garis masa dan belanjawan yang ditetapkan. Peranan itu menuntut kemahiran kepimpinan yang cemerlang, pertimbangan yang wajar dan pemahaman menyeluruh tentang industri. Gaji pengurus projek berbeza-beza bergantung kepada saiz dan jenis organisasi, tetapi gaji purata berkisar antara AS$83,390 (RM391,432) hingga AS$140,000 (RM6571,160) setahun.

BACA: “Dicerai seminggu sebelum bersalin, mak abah hina aku janda jalang, dihalau keluar rumah, katanya aku tak pergi kerja tapi jual badan, mereka tak tahu sebenarnya..”