9 petua hilangkan batuk dan sakit tekak, ramai dah berjaya guna cara ini

9 petua hilangkan batuk dan sakit tekak ramai dah berjaya guna cara ini

9 petua hilangkan batuk dan sakit tekak, ramai dah berjaya guna cara ini. Keadaan cuaca dan suhu yang tidak menentu di Malaysia menjadi salah satu punca batuk dan sakit tekak bagi kalangan rakyat Malaysia.

Secara ringkasnya, gejala batuk merupakan tindakbalas semula jadi bagi menyingkirkan bendasing dan kuman yang mampu menjadi punca radang paru-paru (pneumonia) selain jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Manakala gejala sakit tekak yang merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak pula biasanya berlaku akibat jangkitan, alahan, lebih teruk teruk lagi akibat barah.

Namun tahukah anda, terdapat 9 petua hanya dengan menggunakan sumber alam yang bagus untuk menghilangkan gejala tersebut.

Di bawah ini Dr Suri Rowi kongsikan semua tips tersebut:

9 petua hilangkan batuk dan sakit tekak ramai dah berjaya guna cara ini

1. Minum air serbuk halia
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah dua kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.

2. Makan nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini dapat membantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

3. Minum madu asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

4. Makan yogurt
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak terkandung dalam yoghurt.

5. Minum air limau nipis bersama madu
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus.

Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

6. Hidu bawang merah
Kaedah ini merupakan antara yang termudah untuk dilakukan kerana bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

7. Minum air kunyit
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.

8. Minum air kayu manis
Selain bawang merah, kayu manis juga merupakan salah satu herba yang senang didapati di dabur rumah. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah kencing manis.

9. Kumur dengan air garam
Garam mampu membunuh segala bakteria yang berada di tekak yang menjadi punca kepada batuk dan sakit tekak. Caranya adalah dengan larutkan sesudu dua garam dalam secawan air suam dan kumur.

BACA:

Pemimpin tarekat Tarekat al-Naqsyabandiah ditangkap bersembunyi di Gombak

Elfira Loy bimbang lagu Wednesday boleh sesatkan anak muda

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya

CATEGORIES