Penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan, menarik perhatian netizen setelah hubungan mereka kembali mekar.
Datuk Seri Adnan, yang lebih dikenali sebagai Datuk Red, mengakui bahawa dia akan memperisterikan Adira semula tahun hadapan.
Baru-baru ini, Adira mengundang tanda tanya apabila memuat naik status tentang dirinya yang hanya berdiam diri selama 9 tahun perkahwinan.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia berusaha untuk tidak melawan dan berazam untuk melakukan perkara yang sama sekarang.
Dalam hantaran tersebut, penyanyi ini turut meninggalkan hashtag #ytjt, #mentang2Amisenyap, dan #lali, yang menimbulkan pelbagai andaian di ruangan komen.
Sementara itu, ada netizen yang menasihati Adira supaya mengabaikan komen toksik dan mengekalkan sikap positif yang selama ini diamalkannya.