DSV didakwa di mahkamah hari ini

Oleh GEMILANGDAILY

DSV didakwa di mahkamah hari ini. Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tiba di Kompleks Mahkamah Sepang bagi berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang beberapa bulan lalu.

Wanita berusia 51 tahun itu dilihat tiba di perkarangan kompleks berkenaan pada jam 9.50 pagi.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

Semalam Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata ahli perniagaan itu akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.

DSV didakwa di mahkamah hari ini

“Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi,” katanya.

BH difahamkan, kesalahan membabitkan wanita itu adalah menerusi laman web Youtube iaitu melalui sebuah lagu yang viral di media sosial, sekitar beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu.

Aliff Syukri yang juga orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, dan meminta dibicarakan.

BACA:

Sepanduk Mat Said cabul kehormatan dinaikkan di Terengganu

Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti

Siapa sangka 4 pemain bola sepak ni pernah main untuk 2 negara di Piala Dunia