Influencer selamba makan sup kelawar

Oleh GEMILANGDAILY

Influencer selamba makan sup kelawar. Seorang pesohor YouTube di Thailand menjadi mangsa kecaman netizen kerana memuat naik satu klip video memaparkan aksi dia memakan sup kelawar dan menggalakkan orang lain untuk memakannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menerusi saluran YouTube miliknya yang diberi nama ‘Gin Zap Bep Nua Nua’ (makan pedas dan sedap), wanita itu dilihat mengoyak daging kelawar yang dimasak sup bersama tomato ceri, sebelum mencelupnya ke dalam sos pencicah yang dipanggil Nam Jim.

Wanita itu menyuarakan ‘keenakan’ rasa kelawar dan membandingkan rasa haiwan itu dengan daging tikus.

Pada satu ketika, dia mengangkat daging kelawar itu dan berkata: “Ia mempunyai gigi.”

Setelah memakan daging haiwan eksotik itu, dia kemudian mengunyah tulang kelawat tersebut sambil berkata bahawa ia sangat lembut.

Influencer selamba makan sup kelawar

“Anda tidak boleh mengambil ringan (risiko) dengan kelawar,” kata Profesor Teerawat Hemajuta dari Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn.

Menurut beliau, kelawar mengandungi patogen yang beoleh membuatkan manusia sakit teruk dan memulakan satu lagi wabak penyakit.

“Walaupun dimasak dengan betul, masih terdapat risiko tinggi untuk manusia dijangkiti,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

“Jika anda mati, matilah seorang diri. Tiada siapa yang akan menyalahkan anda. Tetapi anda akan dikutuk jika memulakan wabak,” kata seorang netizen.

“Anda meletakkan diri anda dalam risiko. Kalau sakit jangan bebankan doktor dan jururawat,” komen netizen lain.

BACA:

Netizen komen baju Nadia Brian, tertimbul ‘ceri’

Mimi Lana jadi model jenama baju dalam pula

Kemarau 39 tahun berakhir, Malaysia akhirnya juara Hoki!