Baru balik umrah, netizen tegur pemakaian Daiyan Trisha makin menjadi-jadi

Oleh GEMILANGDAILY

Baru balik umrah, netizen tegur pemakaian Daiyan Trisha makin menjadi-jadi. Sebut saja nama Daiyan Trisha sememangnya pelakon itu sering menjadi perhatian ramai serta fesyennya turut menjadi tarikan.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Daiyan menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila ada yang menyifatkan pakaiannya agak mencolok mata.

Menerusi perkongsiannya itu, Daiyan dilihat memakai baju berwarna krim terdedah di baju seolah memperlihatkan bayang susuk tubuh badannya.

Baru balik umrah, netizen tegur pemakaian Daiyan Trisha makin menjadi-jadi

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen menegur Daiyan supaya tampil dengan pakaian longgar serta menyindir ‘pontianak’ pun memakai baju longgar.

Dalam pada itu, ada yang mempertikaikan tujuan Daiyan ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah jika berpakaian seperti itu.

Terdahulu, Daiyan mengerjakan ibadah Umrah pada April lalu. Daiyan berkata ianya merupakan kenangan terbaik sepanjang hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

BACA:

Influencer selamba makan sup kelawar

Netizen komen baju Nadia Brian, tertimbul ‘ceri’

Mimi Lana jadi model jenama baju dalam pula