“Saya hanya ada Instagram, bukan Tiktok saya tu” – Syamsul Yusof. PENGARAH terkenal Syamsul Yusof menjelaskan TikTok atau Facebook menggunakan namanya adalah palsu kerana tidak pernah membuka sebarang akaun di dua laman sosial popular berkenaan.
Syamsul, 38, sebaliknya menegaskan hanya mempunyai akaun Instagram dan berharap peminat tidak terpedaya dengan profil di medium tersebut.
“Saya tiada TikTok atau Facebook. Jika ada itu semua palsu. Harap maklum.
Syamsul hanya ada Instagram sahaja.
“Saya cuma ada Instagram sahaja,” katanya.
Syamsul tampil membuat penjelasan itu berikutan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meraih pengikut dengan cara mudah dengan menggunakan namanya.
Hasil carian mStar di TikTok, terdapat sebuah akaun menggunakan nama Syamsul yang dilihat sering berkongsi video kehidupan pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tersebut.
Akaun tersebut sehingga kini meraih 45,000 pengikut malah individu di sebalik profil berkenaan seolah-olah tidak memperdulikan amaran Syamsul dan masih aktif memuat naik video.
Akaun TikTok menggunakan nama Syamsul Yusof.
Tinjauan mendapati, pemilik akaun TikTok itu memuat naik video terakhir sekitar lima jam lalu.
Sebelum ini, antara perkongsian yang di muat naik adalah video Syamsul melawat ladang miliknya.
BACA:
Hun Haqeem pula kongsi detik istimewa bersama arwah Syazlin
Ingat hutan terbiar rupanya cafe ‘rare’, memang sesuai cari ketenangan sini
Pelajar OKU dengan kaki palsu mengeluh lapar datang sekolah, ‘tak cukup duit bayar yuran’