Penampilan Syafinaz di live GV buat penonton tak selesa, “seksi sangat ni!”

Oleh GEMILANGDAILY

Penampilan Syafinaz di live GV buat penonton tak selesa, “seksi sangat ni!”. Penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat pada konsert suku akhir malam ini dilabel sebagai mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Pada konsert malam ini, Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.

Penampilan Syafinaz di live GV buat penonton tak selesa, "seksi sangat ni!"

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.

“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen.


Tangkap layar komen netizen berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

BACA:

“Saya hanya ada Instagram, bukan Tiktok saya tu” – Syamsul Yusof

Hun Haqeem pula kongsi detik istimewa bersama arwah Syazlin

Ingat hutan terbiar rupanya cafe ‘rare’, memang sesuai cari ketenangan sini