Guna 2 cara ini sahaja buat duit dengan baju terpakai, jangan buang!. Jangan buang baju tak dipakai, buat duit dengan hanya guna 2 cara ini. Pakaian merupakan satu ‘alas’ untuk menutupi seluruh badan daripada terdedah. Ada yang digunakan dalam pelbagai jenis situasi seperti pakaian harian, formal, semi-formal, bersukan dan sebagainya.
Namun, ada sesetengah orang yang gemar untuk membeli pakaian secara berlebihan sehingga tidak sempat untuk memakai semuanya.
Tambahan lagi, sesetengah pakaian hanya dibuang atau dibakar jika sudah tidak digunakan lagi.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat dua perkara yang boleh dilakukan dengan pakaian tersebut, malah, anda akan mendapat pulangan wang.
Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @ainshares di bawah ini.
Ketahui 2 Perkara Ini Sebelum Buang Baju Yang Tidak Dipakai
JANGAN BUANG BAJU YANG KORANG DAH TAKNAK PAKAI!
Ada 2 benda korang boleh buat dengan baju baju tu 🧵👇🏻 @Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/bawY4bS5cb
— Ain 👩🏻💻 (@ainshares) September 19, 2022
JANGAN BUANG BAJU YANG KORANG DAH TAKNAK PAKAI!
Ada 2 benda korang boleh buat dengan baju baju tu
1. Jual!
Korang boleh pergi ke 2nd Street Bundle Bangsar/ TTDI KL untuk jual baju yang korang dah taknak tu.
Tudung, baju kurung, kids apparel dan baju company tidak diterima disini.
Harga bergantung dengan kondisi baju. Ni I punya hasil untuk 28 helai mix baju & seluar. @2ndStreetMY
2. Donate!
Sejak saya tinggal berdekatan kawasan sini, I decide untuk masukkan lebihan baju tadi dalam donation box di Pusat Inovasi Sepang/ Pusat Recycle Cyberjaya
Donation means korang tak dapat cash in return.
Make sure baju tu semua wearable.
Ringkasnya, sebelum membuang pakaian yang sudah tidak digunakan, kita boleh menyalurkan ke platform yang boleh memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri sendiri malah untuk orang lain.