Jurumekap kantoikan muka Azira tanpa solekan, “nak pengsan tengok”

Oleh GEMILANGDAILY

Jurumekap kantoikan muka Azira tanpa solekan, “nak pengsan tengok”. Sebut sahaja nama pelakon dan penyanyi cantik, Azira Shafinaz pasti ramai mengenalinya terutama terlibat dengan spekulasi bercinta dengan aktor, Sharnaaz Ahmad. Bukan itu sahaja, bahkan penampilan seksinya juga menjadi perhatian ramai.

Pun begitu, Azira yang juga ahli kumpulan De Fam enggan melayan semua gosip tersebut dan malas memberikan sebarang komen soal pemakaiannya yang seksi.

Dia juga pernah memberitahu dia tidak mahu memberikan sebarang penjelasan mengenai isu imej seksi kerana risau akan menimbulkan salah faham.

Bagaimanapun, dia akui kesalahan sendiri kerana berpakaian sedemikian memandangkan persepsi setiap individu mengenai ‘seksi’ adalah berbeza.

Terbaharu, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seseorang di laman TikTok.

Jurumekap kantoikan muka Azira tanpa solekan, "nak pengsan tengok"

Tetapi, lain pula pada kali ini kerana bukan penampilan ‘seksi’ menjadi bualan ramai, sebaliknya wajah sebenar yang ditunjukkan dalam video berkenaan membuatkan ramai terpaku dan terkedu buat seketika.

Menerusi video tersebut, peminat dapat melihat rupa sebenar pelakon filem Talbis Iblis itu tanpa secalit colekan ada pada wajahnya.

Terkejut tengok! Kulit muka macam kita juga…
Perkongsian itu membuatkan ramai terkejut dan menyangka kulit wajah Azira sama juga seperti kebanyakan wanita di luar sana sekiranya tanpa sebarang solekan.

Selain itu, ada juga meluahkan rasa takut setelah melihat wajah sebelum dan selepas disolek secara kerap.

Bagaimanapun, ramai di kalangan netizen memuji kulit wajah Azira meskipun hadir tanpa sebarang calitan solekan.

@attyusof @Azira Shafinaz makeup by me, hair by may #attyourservice ♬ unholy sped up – xxtristanxo

BACA:

Hawa dan Khai malu-malu atas pentas, “confirm bercinta ni!” – netizen

Ustazah Siti Afifah simpan kuku panjang, “sini saya nak tarbiyah..” – netizen

Shila Amzah tak sedar aurat terselak masa tengah ‘live’