Ayat padu abang grab buat wanita ini tersentak, “kau hanya tempat persinggahan!”

Oleh GEMILANGDAILY

Ayat padu abang grab buat wanita ini tersentak, “kau hanya tempat persinggahan!”. SUDAH menjadi kebiasaan untuk kita berbual kosong bersama pemandu e-hailing ketika menggunakan perkhidmatan mereka.

Perkara yang dibincangkan selalunya adalah topik ringan mengenai cuaca ataupun isu semasa.

Namun begitu, lain ceritanya untuk wanita ini apabila dia melalui sesi bicara hati ke hati bersama pemandu kereta e-hailing.

Dalam satu video yang tular di TikTok, wanita tersebut dilihat berlinangan air mata ketika mendengar kata-kata semangat daripada pemandu tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, difahamkan wanita itu sedang berdepan masalah dalam percintaan.

Ayat padu abang grab buat wanita ini tersentak, "kau hanya tempat persinggahan!"

“Aku order Grab nak pergi mall sebab nak healing seorang diri. The reason why I record time ni, konon nak record acah healing la.

“Pandang luar tingkap sambil nangis. Lepas tu abang Grab nampak dan tanya aku okey ke tak.

“Kemudian dia hulur tisu dan cakap ‘aku nak kau tahu kalau kau ada naything to share, aku ada boleh dengar’,” cerita wanita dikenali sebagai Alyaa itu.

Tersentuh dengan keprihatinan ditunjukkan pemandu itu, bagai empangan yang dibuka wanita tersebut terus meluahkan segala-galanya.

Tolonglah jangan, jangan diperbodohkan buat kali kedua.

Daripada rakaman yang dikongsikan, kedengaran suara pemandu lelaki itu tenang memberikan nasihat.

“Hey, kasih sayang yang kau bagi adalah kepada tempat yang salah.

“Sayang yang kau tengah bagi ni, kau bagi dekat orang yang salah.

“Kau rasa lepas apa yang dia buat macam ni, layak ke dia dapat kasih sayang kau?,” soal pemandu itu untuk menyedarkan Alyaa agar tidak mencintai seseorang secara membuta tuli.

Alyaa tidak dapat menahan sebak ketika menerima nasihat daripada seorang pemandu Grab.

Ujar pemandu itu lagi, dia berharap agar Alyaa mula menghargai diri sendiri terlebih dahulu sebelum berbuat demikian kepada orang lain.

“Kita manusia semua ada value tau, takkan kau nak rendahkan value kau semata-mata untuk orang yang macam ini?” kata pemandu itu.

Pemandu itu seterusnya bertanyakan soalan cepumas kepada Alyaa tentang sama ada dia akan menerima lelaki itu semula walaupun cinta mereka telah dikhianati.

“Jawab soalan aku yang mudah ni, fikir kejap… lepas tu kau bagi jawapan.

“Lepas dia dah tinggalkan hubungan baharu dia dan dia datang balik dekat kau, kau nak dekat dia balik ke?” soal pemandu tersebut.

Peritnya alam percintaan sememangnya tidak dapat dinafikan. -Gambar hiasan

Alyaa tanpa berfikir panjang terus mengatakan tidak sambil tertawa kecil kerana itu adalah jawapan yang paling rasional.

“Tolonglah jangan, jangan diperbodohkan buat kali kedua,” tegas pemandu itu agar Alyaa tidak dikaburi janji-janji manis dalam percintaan.

“Kau kena kuatkan diri kau, lelaki itu datang sekadar persinggahan sahaja.

“Dia cuma nak bagi kau belajar something je,” kata pemandu tersebut sebelum video itu tamat.

Antara komen warga maya.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan pemandu Grab berkenaan.

Tidak kurang juga mereka yang memuji suara pemandu Grab itu kerana dikatakan cukup menenangkan untuk didengari.

“Suara abang Grab tu sedap, healing rasa.

“Abang Grab tu pun tengah alami putus cinta ke, cara dia cakap macam tahan perasaan.

“Suara abang Grab ni sedap and at the same time syahdu apabila kena nasihat macam itu,” tulis sebahagian warga maya.

Untuk rekod video yang dikongsikan Alyaa sehingga kini meraih lebih 1.2 juta tontonan di TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

BACA:

Jurumekap kantoikan muka Azira tanpa solekan, “nak pengsan tengok”

Hawa dan Khai malu-malu atas pentas, “confirm bercinta ni!” – netizen

Ustazah Siti Afifah simpan kuku panjang, “sini saya nak tarbiyah..” – netizen