Mesyuarat BN sahkan tidak calonkan Muhyiddin PM-10, terbuka tubuh kerajaan dengan parti lain. Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat hari in telah memutuskan perkara-perkara berikut:
1. Tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Ke Bawah Dul Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bag memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
3. Sehubungan itu, Barisan Nasional meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara
Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional adalah kekal seperti sekarang.
Sekian, terima kasih.
BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT