Air mata Afdlin Shauki menitis tahu Anwar diangkat jadi PM

Oleh GEMILANGDAILY

Air mata Afdlin Shauki menitis tahu Anwar diangkat jadi PM. Penerbit, Datuk Afdlin Shauki mend3dahkan yang beliau menitiskan air mata sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sebentar tadi.

Afdlin berkata, penantiannya serta rakyat Malaysia selama beberapa ini akhirnya terjawab dengan pelantikan tersebut.

“Sebenarnya saya hampir tidak datang ke majlis ini jika mendapat berita yang tidak gembira. Tapi apa pun semuanya kini telah pun terjawab.

“Syukur alhamdulillah, bila kawan-kawan call kata kita dah berjaya, saya terus menitiskan air mata. Apa yang kita raih ini bukan untuk kita sahaja, tapi untuk beliau sendiri yang sudah berjuang begitu lama sampai pernah dipenjarakan,” ujarnya.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis Viu Upfront 2023 yang berlangsung di ibu kota pada petang tadi.

Air mata Afdlin Shauki menitis tahu Anwar diangkat jadi PM

Sementara itu, Afdlin memberitahu, Anwar yang juga Presiden Pakatan Harapan itu perlu diberi sedikit masa terutama sekali dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

“Paling utama, sudah tentu kita berharap ekonomi negara akan pulih, tetapi tidaklah ia akan berlaku hanya dalam tempoh satu malam sahaja.

“Lagipun semuanya ini ada prosesnya dan kita semua perlu bersabar seperti beliau yang dah bertahun-tahun berjuang agar negara menuju ke arah kebaikan,” jelasnya.

Pada masa sama, bercakap mengenai dunia seni, Afdlin menyatakan agar artis-artis yang menyokong parti berlainan tidak dise.kat oleh kerajaan.

Ujarnya, setiap individu itu mempunyai hak masing-masing untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan politik.

“Pada saya dalam seni tidak ada politik. Kalau ada anak-anak seni nak sokong pihak lain sekalipun, mereka seharusnya tidak di banned. Politi.k adalah p.olitik…. kerja adalah kerja.

“Sokongan pol.itik itu hak peribadi sebab apapun kita rakyat Malaysia. Kalau ada anak seni yang nak berpolit.ik itu terpulang, tetapi dalam berkarya kita harus bersatu tanpa mengira mana-mana parti,” ujarnya.

BACA:

Kisah ibu bersalin bayi kembar tiga jadi tular, ‘rezeki tak salah alamat’

Impian sejak kecil- Pemuda teruja nak tahu ada apa atas tangga highway PLUS, rupanya..

Power! Netizen minta nenek ini bagi tips buat video ‘transition’