Jangan hantar anak ke tadika terlalu awal, ini 5 sebabnya

Oleh GEMILANGDAILY

Jangan hantar anak ke tadika terlalu awal, ini 5 sebabnya. Tahun depan Balqis dah 4 tahun. Kalau boleh nak hantar dia masuk tadikalah. Anak jiran tu baru 4 tahun dah pandai baca. Nanti lambat-lambat ketinggalan pulak.”

Sekarang ini dah memang menjadi trend ibu bapa menghantar anak ke tadika lebih awal. Rata-rata anak-anak ini sememangnya sudah mula dihantar ke pengasuh atau taska sejak kecil lagi apabila ibu bapa bekerja.

Tapi dah alang-alang ‘duduk saja’ di sana, ibu bapa fikir lagi bagus tadika terus, boleh belajar banyak benda

Sebenarnya, walaupun duduk di rumah tanpa aktiviti yang padat, anak-anak anda tetap akan mempelajari banyak perkara. Para pengkaji dari Universiti Stanford pernah membuat perbandingan antara anak yang dihantar bersekolah pada usia 5 tahun dengan 6 tahun.

Hasilnya, mereka mendapati bahawa kanak-kanak yang dihantar ke tadika lewat setahun, iaitu pada usia 6 tahun memiliki lebih banyak keuntungan.

Jangan hantar anak ke tadika terlalu awal, ini 5 sebabnya

Sekalipun mereka yang dihantar menjalani pendidikan formal lebih awal mungkin dilihat lebih advanced dalam beberapa hal, namun ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh ibu bapa.

RISIKO STRES

Stres yang melanda anak kecil zaman kini bukan lagi sesuatu yang asing. Bukan semua anak mempunyai tahap kesediaan atau ‘school readiness’ yang sama walaupun usia mereka tidak jauh berbeza.

Sekiranya mereka terlalu dipaksa, ia akan memberi tekanan kepada sosial dan emosi anak kecil.

Dengan keadaan belum mampu menyesuaikan diri dan tidak dipenuhi keperluan mereka, sedikit sebanyak ia dapat menjejaskan kadar perkembangan skil yang seiring dengan usia mereka.

RUTIN FORMAL YANG TERLALU PADAT / TIDAK SESUAI

Para psikologi berpendapat bahawa ibu bapa yang melewatkan anak ke tadika ini berpeluang mengajarkan anak mereka mempraktikkan rutin secara informal di samping memberi kelonggaran kepada anak untuk bermain secara bebas dan kreatif.

Hasilnya, anak-anak ini mempunyai self-control atau kemahiran mengendalikan diri dengan baik.

Anak yang pertama kali mengikuti pendidikan formal mungkin akan berasa susah menyesuaikan diri dengan keadaan ibu bapa tidak menetapkan rutin yang biasa di rumah seperti waktu makan, mandi, tidur, dan sebagainya.

Menurut hasil laporan pengkaji melalui TheGuardian, anak yang berusia 4 tahun biasanya masih belum bersedia untuk persekitaran sebegini.

Jika dipaksa, mereka mungkin akan mengalami masalah menyesuaikan diri, kerisauan, dan kemurungan.

KEMAMPUAN BERSOSIAL BELUM BERKEMBANG

Orang cakap kalau hantar anak ke tadika lebih awal, lebih cepat mereka pandai berkawan. Mungkin ya dan mungkin tidak.

Ini kerana anak-anak yang dihantar ke tadika sepatutnya sudah boleh mengekspresikan kemahuan mereka. Jika tidak, mereka berpotensi ‘dibuli’ kerana rupa bentuk fizikal dan kekurangan mereka.

Dalam keadaan tidak selesa dan asing, kemampuan anak-anak ini untuk berkembang boleh terhindar. Sebaliknya, melalui aktiviti bermain di rumah yang lebih bebas, anak-anak dapat mempelajari macam-macam kebolehan yang penting sekalipun berinteraksi dengan orang yang berbeza usia.

Jangan pandang ringan dengan aktiviti bermain kerana melalui aktiviti bermain inilah, mereka belajar berfikir, membuat keputusan, belajar berkongsi, meminta tolong, dan menerima pendapat orang luar.kesan pukul anak

TRAUMA / KESAN JANGKA MASA PANJANG

Zaman kanak-kanak yang terpaksa ‘dikorbankan’ dengan begitu banyak aktiviti dan kerja sekolah mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang akibat pengalaman negatif yang tidak menggembirakan.

Seperti yang dilaporkan oleh pakar, pengalaman negatif ini boleh membuat anak-anak berasa ‘benci’, ‘takut’ atau ‘malas’ ke sekolah sekalipun tiada apa-apa buruk yang berlaku.

Implikasinya akan mempengaruhi pencapaian akademik kanak-kanak itu buat jangka masa panjang.kanak-kanak disleksia

TIADA PERBEZAAN DARI SEGI PENCAPAIAN AKADEMIK

Kebanyakan sumber mendapati bahawa perbezaan 1-2 tahun dalam mempercepatkan anak ke tadika atau prasekolah tidak memberi kelebihan kepada anak apabila mereka dewasa.

Sebaliknya, kajian mendapati bahawa perbezaan setahun melewatkan anak ke tadika memberi kesan positif kepada kanak-kanak ketika usia mereka 11 tahun. Ini kerana, mereka yang dihantar ke tadika pada umur 6 tahun menunjukkan 73% prestasi yang lebih baik apabila dinilai tahap fokus dan penumpuan. Rahsia kejayaan pelajar

JANGAN KALUT, TUNGGU ANAK BERSEDIA!

Tak salah jika ibu bapa ingin memperkenalkan anak-anak mereka dengan persekitaran yang baru. Namun, pastikan anak-anak ini bersedia dan dipenuhi keperluan mereka dari segi emosi dan sosial.

Kalau nak hantar awal pun, seeloknya pilihlah tadika atau prasekolah yang sesuai bagi membolehkan mereka meneroka serta menikmati zaman kanak-kanak.

Antara ciri yang baik adalah prasekolah yang memfokuskan aktiviti bermain, kurikulum yang fleksibel, dan tidak terlalu memberatkan kepada pendidikan formal semata-mata.

Rasanya ramai ibu bapa sedar dengan hakikat ini dan memilih pusat jagaan berkonsep ‘playschool’ atau ‘montessori’ bagi menggalakkan anak beraktiviti serta bergaul dengan rakan sebaya.

Yang penting, elakkan daripada membandingkan anak-anak kita dengan orang lain kerana setiap mereka ini terlalu istimewa dan unik.

Seperkara lagi, jangan lupa bahawa kita sebagai ibu bapalah yang perlu memainkan peranan paling penting dalam mencorakkan peribadi anak, bukan hanya bergantung kepada pengasuh atau guru.

BACA:

Harga sawit dijangka terus meningkat dibawah pentadbiran Anwar

Wan Saiful sekolahkan Takiyuddin, mungkin dia terlepas memo PN jadi pembangkang

Ramai tak tahu 5 fungsi lemon yang boleh bersihkan rumah