Saiful Apek kecewa nama kena tempias selepas dakwaan Tuju K-Clique kurus ambil ‘barang’

Oleh GEMILANGDAILY

Saiful Apek kecewa nama kena tempias selepas dakwaan Tuju K-Clique kurus ambil ‘barang’. Pelawak terkenal, Saiful Apek menyeru kepada semua pihak agar berhenti melabelkan orang lain dengan gelaran-gelaran yang tidak elok.

Ia susulan selepas namanya turut terpalit kerana ramai yang terkejut melihat perubahan terkini penyanyi Tuju yang didakwa semakin kurus.

Ada mendakwa bentuk badan Tuju sudah hampir sama seperti Saiful kerana didakwa mengambil bahan terlarang.

Lantaran itu, Saiful beranggapan, tindakan memburukkan orang lain ini langsung tidak menampakkan diri kita jauh lebih baik.

“Pada saya, cantik bangsa pada bahasanya. Hargailah bahasa kita. Kurus macam lidi. Besar macam badak. Kenapa kita lupa pada perumpamaan sedia ada sebaliknya kita samakan pula dengan individu?

Saiful Apek kecewa nama kena tempias selepas dakwaan Tuju K-Clique kurus ambil 'barang'

“Pada saya, kenyataan ini adalah mengaibkan. Memburukkan orang, tidak menampakkan kita lebih elok. Cuba kawal diri.

“Memang fitrah manusia ada khilafnya tapi cuba tahan diri untuk berbuat dosa pada orang lain. Akhirnya nanti, di akhirat kelak, kita kena menjawab segala perbuatan kita. Berbaloi ke buat silap dengan manusia?,” katanya kepada MH.

Disangka Ambil Bahan Terlarang Punca Tuju K-Clique Kurus, Saiful Apek Kecewa Nama Kena Tempias

Anggota kumpulan Senario ini ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Tambah Saiful lagi, senario seperti ini semakin kerap berlaku disebabkan tiada keterbatasan untuk bercakap apa sahaja di media sosial.

“Saya rasa kita kena hentikanlah khabar-khabar angin seperi ini. Kita pun tak tahu sampai bila kita hidup. Penyakit sosial sekarang ini sangat kritikal.

“Kuasa menulis juga sudah berbeza. Dahulu yang menulis hanyalah wartawan. Sama ada mahu menulis atau membaca. Itu sahaja platformnya.

“Kini kita sudah ada kebebasan. Jadi, memang benarlah kita di hujung zaman. Nak tegur lebih-lebih pun saya tak cukup baik. Saya pun dalam proses perbaiki diri,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai perasaan anak-anaknya bila bapa mereka dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, Saiful memberitahu, mereka sebenarnya sudah lalu i dengan hal-hal sedemikian

“Mereka sudah cukup matang. Perangai mereka sama juga macam saya kerana saya terapkan melalui contoh dan bukan kata-kata. Contoh yang baik membuatkan mereka lebih faham.

“Saya mahu mereka belajar nikmat bersabar. Mereka yang bercakap buruk fasal orang lain ini, hikmahnya bukan kepada mereka sahaja, kita juga akan belajar sesuatu. Keduanya sedang diuji,” akhirinya.

BACA:

Majoriti orang ramai tolak Tok Mat, Hishamuddin jadi TPM

Budak ni mandi dalam periuk besar buat orang tua terkenang zaman mereka

Lelaki ini tunjuk jadi jutawan sebenar, rasa ‘lebih mahal’ jika tak tayang kereta mewah