Jangan derhaka Agong Hadi! – Fahmi Fadzil

Oleh GEMILANGDAILY

Jangan derhaka Agong Hadi! – Fahmi Fadzil. Dakwaan bahawa DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH) mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam di negara ini, sewajarnya dilapor kepada polis, jika ia terbukti benar.

Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menggesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, membuat laporan polis jika mempunyai bukti sedemikian.

Pada masa sama, beliau meminta Abdul Hadi supaya berhenti daripada menyebarkan kebencian dan kepalsuan serta tidak bertindak menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

“Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

“Pada masa yang sama, ingat-ingatlah nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka,” katanya beliau menerusi Twitternya, hari ini.

Jangan derhaka Agong Hadi! - Fahmi Fadzil

Fahmi merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa DAP mempromosi Islamofobia kepada golongan bukan Islam, melalui Facebooknya, hari ini.

Abdul Hadi mendakwa, PAS terus menjadi sasaran DAP selepas melihat kemaraan parti itu meraih kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

DAP dakwanya, ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politiknya, selain menyebarkan Islamofobia kepada kaum bukan Islam.

Semalam, Abdul Hadi turut memuat naik kenyataan mempertikai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, yang heboh diperkatakan di media sosial.

Ini kerana beliau dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, Abdul Hadi mendakwa, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.

Dalam kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Abdul Hadi mendakwa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menang kerana berjaya melepasi 112 majoriti mudah, PH dan Anwar sebaliknya diberikan masa tambahan untuk mencari sokongan tambahan.

BACA:

Kru Kabin ini selamba ‘kecek kelate’ buat penumpang terhibur

Gadis Sabah terima ijazah Sarjana di UK pakai baju Etnik Murut jadi perhatian dunia

Semua terpegun tengok cara pramugari dilatih sebelum terbang