Keadaan Enot sekarang selepas dikejarkan ke hospital buat ramai risau

Oleh GEMILANGDAILY

Keadaan Enot sekarang selepas dikejarkan ke hospital buat ramai risau. Pelakon Enot terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya pada petang Isnin.

Enot atau Azliza Abdullah, 44 berkata pada awalnya dia tidak merasakan kesan jatuh itu tidak serius tapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula berasa sakit pada bahagian tulang belakang.

“Saya dan kejadian jatuh bilik air ni dah biasa berlaku cuma kali ini kesannya agak teruk sedikit sebab terkena pada bahagian lutut.

“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans”, katanya.

Keadaan Enot sekarang selepas dikejarkan ke hospital buat ramai risau

Enot sebelum itu turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.

Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak.

Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.

“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang saya sebab memang saya ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada sebahagian yang patah.

“Selepas dirawat, saya sendiri yang minta untuk balik rumah…lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu lakukan pembedahan “, katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ENOT (@enot_78)

BACA:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan ‘hilang’ semasa Anwar masuk MOF

Pemuda buat ‘content’ campak tunai RM1,000 di shopping mall

Siti Saleha temui cinta baru selepas 10 bulan bercerai