Ibu kena dakwa bunuh, sumbat dua anak dalam beg lelongan

Oleh GEMILANGDAILY

Ibu kena dakwa bunuh, sumbat dua anak dalam beg lelongan. Wanita berusia 42 tahun yang dituduh membunuh dua anaknya serta menyembunyikan mayat di dalam beg pakaian yang kemudiannya dijual dalam acara lelongan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah New Zealand hari ini, selepas diekstradisi dari Korea Selatan.

Tertuduh bagaimanapun, tidak hadir ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Auckland.

Peguambelanya Christopher Wilkinson-Smith bagaimanapun memasukkan dua pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya.

Hakim Sally Fitzgerald kemudian menetapkan tarikh perbicaraan pada April 2024 yang ditetapkan selama empat minggu.

Pada penampilan pertamanya di mahkamah di Auckland dua minggu lalu, sehari selepas diekstradisi dari Seoul, tertuduh disahkan ibu kepada dua kanak-kanak malang itu.

Ibu kena dakwa bunuh, sumbat dua anak dalam beg lelongan

Perintah mahkamah turut menghalang media daripada menamakan wanita itu atau anak-anaknya yang sudah meninggal.

Wanita itu ditahan polis Korea di bandar pelabuhan Ulsan pada September, sebulan selepas mayat anak-anaknya ditemui di New Zealand yang disembunyikan dalam dua beg pakaian.

Polis New Zealand percaya dua kanak-kanak itu berusia antara lima dan 10 tahun ketika kematiannya.

Ketika ditangkap di Korea, wanita itu berulang kali memberitahu wartawan “Saya tidak melakukannya” sebelum dimasukkan ke dalam kereta polis.

BACA:

“Kenapa ramai tak suka Auntie Watie”, anak Shuib akhirnya bersuara

Anda boleh kena sihir kalau kutip duit di 3 tempat ini

Kecoh satu taman tengok kepala khinzir atas bumbung masjid