Aliff Syukri jawab kritikan netizen sengaja tak buang tanda harga sebab nak menunjuk

Oleh GEMILANGDAILY

Aliff Syukri jawab kritikan netizen sengaja tak buang tanda harga sebab nak menunjuk. Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian bersama peminat ketika meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, baru-baru ini.

Aliff Syukri, menerusi hantaran di Instagram mengakui bukan mudah untuk bertemu dengan ibunya itu sehinggakan perlu melakukan temujanji terlebih dahulu, malah turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya.

“Sebenarnya bukan senang nak jumpa Ratu semesta alam ni @bondarozitaibrahim kena buat appointment dulu tau. Walaupun pagi tadi sampai Malaysia sebab flight delay. Tetap gigih carikan hadiah untuk bonda tercinta.

Buat mak tercinta, terima kasih mak..Pengorbanan mak pada kami anak-anak tak ada galang gantinya, Kri sayang mak sampai ke syurga.”-Tulis Aliff Syukri.

Persoal Tidak Tanggalkan Tanda Harga Hadiah?

Aliff Syukri jawab kritikan netizen sengaja tak buang tanda harga sebab nak menunjuk

Walaubagaimanapun, terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan Aliff Syukri yang dikatakan tidak menanggalkan tanda harga pada hadiah ulang tahun kelahiran buat Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan sebentuk cincin yang bernilai puluhan ribu ringgit.

“Tanda harga tu memang kena tunjuk ek? Orang kalau kasi hadiah, tanda harga orang tanggalkan..😂😂.”-Komen netizen

Aliff Beri Respon!

Usahawan kosmetik ini kemudian membalas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk memudahkan jika ada yang bertanyakan nilai barangan tersebut.

“Bukan apa senang nanti kalau orang tanya berapa harga, beli kat mana senang kan kau dah ada tak ada harga hahaha.”-Balas Aliff Syukri


BACA:

Nora Danish buat hal lagi, tembus mata netizen tengok baju nipis

Waspada! Ada campuran babi dalam daging lembu dan kerbau

“Pakcik tu duit berkepok” – Anak terkejut kawan sebaya ayah datang merisik