Peminat minta AADK cek Radhi OAG, ‘terbang’ masa buat show. Vokalis kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Muhammad Radhi Razali atau lebih mesra disapa Radhi OAG melakukan persembahan bagi meraikan peminat setia OAG pada Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Melawati Shah Alam, semalam.
‘Radhi terbang melayang’
Namun, terdapat sesetengah netizen yang mengatakan persembahan Radhi lain daripada yang lain kerana dia dikatakan seperti merapu ketika berada di atas pentas dan konsert terbabit lambat setengah jam. Pada awal persembahan, Radhi sempat berselawat.
Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Mutalib Uthman, dia berharap agar pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memeriksa penyanyi itu sebelum melakukan persembahan.
Aku harap kat belakang stage ada AADK. Check Radhi makan apa sebelum konsert.
Dalam pada itu, terdapat video memaparkan penyanyi berusia 45 tahun seperti ingin membaling baju kepada para penonton.
Walaupun Konsert 30 Tahun Generasiku OAG start lambat setengah jam dan Radhi terbang melayang. Aku puas hati sebab banyak lagi aku suka tapi tak pernah tengok diaorang perform live ada malam ni. Siap ada selawat lagi.
Video penuh
Share video la kawan
— Bring Me Azary (@BringMeAzary) December 25, 2022
Walaupun Konsert 30 Tahun Generasiku OAG start lambat setengah jam dan Radhi terbang melayang, AKU PUAS HATI SEBAB BANYAK LAGU YANG AKU SUKA TAPI TAK PERNAH TENGOK DIORANG PERFORM LIVE ADA MALAM NI! SIAP ADA SELAWAT LAGI! pic.twitter.com/8C3tBHDRqo
— You (@pkckAm) December 25, 2022