‘Stress ada yang tanya dah gugur belum anak haram tu, saya diam dan terus sambung belajar’

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

‘Stress ada yang tanya dah gugur belum anak haram tu, saya diam dan terus sambung belajar’. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cerita saya bukan lah untuk mendedahkan aib, cuma ingin berkongsi dan minta pendapat. Rahsia kehidupan yang telah saya lalui.

Saya berusia penghujung 20 an, bekerja sebagai jurutera di ibu kota dan masih belum berkahwin.

Saya pernah terlaanjur bersama bekas kekasih saya ketika berumur belasan tahun sehingga dikurniakan seorang anak yang kini berusia 7 tahun.

Kehamilan saya diketahui oleh bekas kekasih saya dan juga orang tuanya.

Kedua keluarga telah berjumpa. Namun orang tua saya cuma memberitahu bahawa mereka tidak ingin bertanggungjawab dan tidak mahu ada kena mengena dengan saya.

'Stress ada yang tanya dah gugur belum anak haram tu, saya diam dan terus sambung belajar'

Ayah bekas teman lelaki saya juga memberi amaran kepada keluarga saya, agar menjaga saya dengan baik dan pastikan saya tidak mencari atau menghubungi anaknya lagi.

Ayahnya yang juga bertitle ustaz juga mengatakan bahawa saya bukan perempuan yang baik.

Sekiranya saya perempuan yang baik pasti dapat membimbing anaknya dari terlanjur.

Saya tidak pasti kesahihan berita ini kerana saya tidak berada di tempat kejadian dan cuma mendengar dari kedua ibu bapa saya.

Saya mengalami tekanan dan trauma yang melampau ketika itu.

Saya yang ketika itu berusia belasan tahun, berasa bdoh, menyesal, kecewa dan tipu la jika tidak rasa ingin mengakhiri kehidupan sendiri.

Iya saya tahu saya berdosa besar, saya terlalu sayang kepada bekas kekasih saya sehinggakan menyerahkan segalanya termasuk ribuan wang ringgit.

Saya lakukan kerana tidak mahu kehilanganya.

Dalam usia belasan tahun saat hamil, saya dicurangi dan ingin ditinggalkan dengan alasan saya terlalu baik untuknya dan ingin bersama wanita lain. Malah mendapat hinaan daripada keluarganya.

Saya digantung Universiti manakala bekas kekasih saya dibuang Universiti kerana kes ini.

Setelah saya selamat melahirkan, saya meneruskan pengajian saya seperti biasa. Saya dibuli kerana kes saya diketahui oleh rakan kuliah saya.

Pernah sekali perut saya disentuh beramai ramai sambil mereka berkata,

“Dah lahir ke anak haram kau? ke kau gugur kan masa kau kena gantung belajar?”

Saya cuma diam.

Pelbagai lagi saya alami cuma saya diam kerana saya tahu salah diri sendiri.

Sekiranya ada yang ingin bercerita tentang bekas kekasih saya, saya cuma akan lari ke tempat lain sambil tutup telinga.

Walau kadang ada juga yang cuba menyakitkan hati, dengan memberitahu tentang kebahagian bekas kekasih saya dan teman wanita barunya.

Saya kadang kadang cuma ketawa kecil dan berlakon tidak mengendahkannya walau dalam hati tipulah tak berasa sedih. Saya nekad untuk membesarkan anak saya dengan baik.

Saya belajar dengan bersungguh sungguh dan berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat yang agak terkenal.

Saya dikurniakan rezeki yang tidak putus putus seperti memiliki rumah, kenderaan sendiri dan dikelilingi sahabat yang baik.

Kini setelah hampir 8 tahun, anak saya juga telah masuk darjah satu.

Disebabkan berbin/bintikan abdullah, anak saya telah dibuli dengan teruk di sekolah harian.

Malah kadang kadang ada segelintir cikgu yang menanyakan perkara ini dihadapan kawannya.

Parents saya akhirnya mengambil keputusan hantar anak saya ke international school untuk mengelak anak saya menghadapi d3pression

Tetapi anak saya mula start bertanya siapa ayahnya, kenapa ayahnya tiada. Adakah ayahnya ingat dekat dia dan macam macam lagi.

Makin hari, dia akan semakin besar, takut saya memikirkan sebarang kemungkinan.

Kadang kadang luluh hati dengar soalan anak saya. Soalan ni kerap ditanya berulang kali sehingga ada kalanya hati rasa menyesal tak gugurnya dulu, kalau tak mesti dia tak malu hidup macam ni.

Walaupun sudah hampir 8 tahun berlalu dan saya kelihatan bahagia, saya sebenarnya tak pernah melupakan langsung perkara yang berlaku antara saya dan bekas kekasih saya.

Perkara ini selalu muncul dalam fikiran saya hingga saya didiagnosis menhidap PTSD ( Post-traumatic stress dis0rder) dan panic attack.

Saya bergantung dengan ubat ubatan sehingga kini. Sekiranya memori kembali, badan saya akan mengigil dan kadang mata saya blackout.

Saya pernah accident diisebabkan ini.

Perkara yang tak dijangka tiba tiba berlaku, ketika saya sedang lunch di office dengan officemate, saya tak tahu kenapa hari tu, saya tergerak nak scroll tiktok.

Naik di fyp saya video bekas kekasih saya dan anak perempuannya (dia dah berkahwin). Dia mengatakan sanggup berbuat apa saja untuk melindungi dan membahagiakan anak dan isterinya.

Berderai air mata saya, saya pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana PTSD saya menyerang. Saya bukan tidak move on menharapkan dia kembali kepada saya.

Cuma kesian memikirkan nasib anak saya, dalam tempoh 8 tahun dia langsung tak pernah bertanya khabar tentang anak saya.

Tak perlu hubungi, boleh sahaja dia DM ig saya ke atau pelbagai cara lain.

Iya saya tahu, anak saya cuma nasab saya seorang kerana status sebagai anak luar nikah, tetapi salah ke kalau ayah bi0logi bertanya khabar atau at least nak lihat wajah anaknya.

Saya sumpah tidak ingin duit dia even walau satu sen.

Saya tertanya, pernah tak seorang ayah bi0logi teringat akan anak luar nikahnya?

Saya berharap pembaca mendoakan saya agar kuat untuk terus membesarkan anak saya. Terima kasih.

BACA:

Pasangan Russia ceroboh panjat Menara Merdeka 118

TMJ pecah rahsia 10 sumbangannya kepada bola sepak Malaysia

Dah tahun 2022, pakcik ni masih jual nasi lemak RM1 -‘tak sampai hati nak naik harga’