Jabatan Mineral dan Geosains buka jawatan kosong terkini. Jawatan kosong terkini di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) sebagai:
1. Pegawai Geosains (Kaji Bumi) Gred C41
Kekosongan : 13 Simpanan : 39
Tarikh tutup permohonan 10 Januari 2023.
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
1. Pegawai Geosains (Kaji Bumi) Gred C41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Perkhidmatan Sains
Jadual Gaji:
Gaji Minimum – Gaji Maksimum : RM2,317.00 – RM9,620.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 10 Januari 2023 (Selasa), jam 11.59 malam.
Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini